Kumpulan popular KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik berjiwa seni iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan kumpulan itu akan dibubarkan selepas konsert terakhir mereka.

 

Konsert yang diberi nama Gergasi KRU25 itu bakal diadakan selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei depan.

Menurut Norman Abdul Halim, keputusan tersebut dirasakan adalah yang terbaik memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai perancangan tersendiri dan sudah memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.

KRU bubar
Norman Abdul Halim

“Kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini ia dibubarkan secara rasmi.

“Manakala single Tahan Lama yang akan berduet bersama Joe Flizzow merupakan single terakhir kami,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Sementara itu, Norman turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun berada dalam industri hiburan tanah air.

KRU bubar
Norman, Edry dan Yusry

Walaupun dibubarkan, entiti KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, Edry pula memberitahu dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak.

“Ini keputusan semula jadi yang sememangnya sudah tiba masanya untuk kami berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga pula. Saya juga ada anak-anak yang perlu perhatian,” ujarnya.

Sejak ditubuhkan pada 1992, KRU Studios telah banyak menghasilkan filem-filem yang gempak di dalam industri. Antaranya adalah Cicak-Man, Duyung, Jin Notti, Magika, Karak dan banyak lagi. Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU juga merupakan filem tempatan yang paling banyak terjual di pentas antarabangsa, dengan siaran ke lebih 70 buah negara.

KRU bubar
Hikayat Merong Mahawangsa

Beberapa bulan sebelum ini, nama KRU menjadi sebutan ramai apabila terlibat dalam pembikinan lagu dan muzik video yang viral seperti Dato Vida – I Am Me, Aliff Syukri ft Sajat – Abang Nak Tegur dan Dato’ Boy Iman – #MalasNakLayan.

Apa-apapun, Team Deenamik mengucapkan selamat maju jaya kepada KRU. Pastinya sumbangan KRU dalam mewarnai industri hiburan tanah air akan diingati sampai bila-bila.

KRU bubar
Dato’ Vida
Sumber : Malaysian Digest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here