Neelofa Dibuli ?

Selebriti wanita popular yang tidak lekang dari kontroversi, Noor Neelofa Mohd Noor mengakui dia dibuli hampir setiap hari di laman sosial malah keluarganya juga turut mengalami perkara yang sama.

 

Loading...

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Neelofa berkata dia sangat kecewa kerana pengguna media sosial di Malaysia masih kurang kesedaran mengenai gejala buli siber.

Neelofa dibuli
Sumber foto : Sinar Harian

“Malah selama lapan tahun berkecimpung di dalam industri seni, boleh dikatakan setiap hari saya dibuli dengan menerima komen-komen negatif.

“Sedangkan bagi saya, sepatutnya media sosial menjadi platform untuk melontarkan pelbagai pandangan yang membina.

Nama Neelofa dan adiknya, Little Miss Khan semakin menjadi tumpuan pembuli di alam maya terutamnya selepas kontroversi artis wanita itu melancarkan jenama tudung terbaru di sebuah kelab malam Zouk di ibu kota.

BACA JUGA :   Neelofa Juga Menggunakan OPPO F5 Red Edition, Anda Bila Lagi?
dibuli zouk
Pelancaran jenama tudung Neelofa di kelab malam Zouk

Gara-gara itu, akaun media sosial Neelofa dibanjiri kata-kata ejekan daripada peminat yang mengkritik tindakannya itu.

“Walaupun sebagai selebriti saya sudah biasa dengan situasi tersebut, namun saya kasihankan ahli keluarga yang turut menjadi mangsa.

“Ini baru hal melibatkan saya, rakan selebriti dan keluarga terdekat. Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada anda atau orang biasa?” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

dibuli zouk
Adik Neelofa, Ameera Khan ataupun lebih dikenali sebagai Little Miss Khan

Sesetengah orang merasakan menjadi tanggungjawab mereka untuk ‘menasihati’ orang lain di media sosial tetapi cara digunakan adalah salah. Tanpa disedari mereka sebenarnya telah melukai hati dan membuli orang lain dengan kata-kata digunakan.

Justeru, perkara ini harus diubah agar masyarakat lebih peka tentang bahayanya buli di media sosial.

BACA JUGA :   Ini Respon Pakar Perubatan Terhadap Iklan Suplemen Bayi Yang Dipromosikan Neelofa
Sumber : Malaysian Digest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here