Bila sebut sahaja tentang pasar malam, pasti ramai di antara kita yang sudah terbayang makanan-makanan lazat dikelilingi cahaya lampu serta bunyi generator. Haa dahlah sedap, murah pulak tu. Dengan bajet RM10 je, macam-macam makanan best anda boleh dapat.

Pasar Malam di kuala lumpur
Senarai lokasi ‘night market’ di Kuala Lumpur.

Bukan setakat makanan, dekat pasar malam pun ade jual baju-baju murah dan juga produk-produk elektronik. Pendek kata, macam-macam ada lah dekat pasar malam ni.

Untuk entri kali ni, Team Deenamik nak kongsikan kepada anda 3 lokasi pasar malam terbaik di Kuala Lumpur. Pasar malam yang lain tu bukannya tak best, tetapi kami rasakan 3 tempat ni memang power dan wajib anda kunjungi. Haa nak tahu kenape ? Jom skrol bawah dan baca !!!

Pasar Malam Tunku Abdul Rahman

Pasar Malam jalan tar

Pasar malam dekat sini terletak dekat ibu kota, memang jadi tumpuan lah untuk orang ramai berkunjung ke sini. Sebab itulah pasar malam dekat jalan Tunku Abdul Rahman ni selalunya meriah.

Team kami memang sangat suka beli mi sup dekat sini, sekali dengan lempeng, otak-otak, sayur dan banyak lagi lah kuih-muih. Kalau rasa dahaga, kami selalu juga pergi dekat gerai yang jual jus buah-buahan segar. Oh ya, aiskrim durian dia korang kena rasa taww !!

Apa yang kami paling suka dekat sini adalah harga makanannya yang murah dan anda boleh membelinya ikut jumlah yang anda mahukan. Tak macam dekat pasar malam Jalan Alor, sate ayam kita kena beli at least 10 batang. Hmmm…

Pasar Malam jalan tar

Pasar Malam jalan tar

Hari : Sabtu

Lokasi : Bandaraya, boleh jalan kaki je dari stesen LRT Bandaraya

Tips : Kalau dah beli makanan dekat pasar malam lepastu tak kenyang lagi, singgah lah dekat restoran RSMY dekat-dekat area situ. Perghhh, naan cheese dia memang paling terbaik di Kuala Lumpur.

Pasar Malam Taman Connaught

Pasar Malam taman connaught

Pasar malam dekat Taman Connaught ni adalah yang paling panjang. Panjang dia tu kira-kira 2 kilometer, dan ada lebih 100 gerai yang meniaga. Memang letih lah sikit jalan tapi puas hati sebab macam-macam makanan ada.

Banyak juga makanan-makanan yang trendy dan viral dijual dekat sini. Contohnya aiskrim kelapa, jus dalam bekas unik, pie tart telur dan banyak lagi. Dah macam pergi dekat food fest dah.

Makanan kegemaran kami dekat sini adalah ayam goreng celup telur masin. Bukan ayam je ada, tapi ikan dan sotong pun ada sekali. Harga pun sangat berpatutan, sangat-sangat recommended.

Pasar Malam taman connaught

Pasar Malam taman connaught

Hari : Rabu

Lokasi : Cheras, agak jauh dari stesen LRT. Kami cadangkan anda naik LRT ke Cheras atau BTS lepastu naik Grab dari situ.

Pasar Malam OUG

Pasar Malam oug

Boleh dikatakan pasar malam OUG ni sama je macam dekat Taman Connaught tapi yang ni lagi best sebab tak sesak sangat. Suasana pun relaks je, senang nak jalan dan tak terlanggar bahu orang.

Bila datang sini, wajib try sushi, sate ayam, sate daging yang dijual. Memang menjilat jari, tak menyesal punya. Kalau nak minum, cuba lah air kelapa laut. Rasa macam air kelapa biasa tapi lagi sedap. Kami pun tak tahu nak explain cemana, tapi pokoknya korang kena try.

Pasar Malam oug

Pasar Malam oug

Pasar Malam oug

Lagi satu, baju-baju dekat sini pun murah. Boleh lah beli kalau setakat nak pakai dalam rumah atau nak jalan-jalan sekitar kawasan taman.

Hari : Khamis

Lokasi : Taman OUG, agak jauh dari stesen LRT. Kalau nak ke sini, naik LRT ke Awan Besar lepastu turun naik Grab. 5 minit je dah sampai.

Baiklah, ini sahaja 3 lokasi pasar malam yang kami rasakan terbaik di Kuala Lumpur. Jikalau anda rasa ada lokasi lain yang lagi best, tuliskan dalam ruangan komen di bawah dan kami akan kongsikannya dalam entri yang akan datang.

Okayy terima kasih kerana membaca !

Kredit foto : taraletsanywhere.com

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here