Umie Aida Dedah Rahsia Sebenar…

Pelakon utama filem Dukun, Datin Seri Umie Aida mendedahkan beliau pernah mengalami beberapa pengalaman seram ketika sesi penggambaran filem Dukun terutamanya di lokasi yang membabitkan kawasan Penjara Pudu.

 

Menurut aktres itu, saat paling menakutkan adalah ketika dia hampir di serang histeria selepas didatangi satu perasaan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

“Setiap kali sebelum masuk dan selepas keluar set memang saya amalkan membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi.

Umie Aida dukun
Umie Aida memegang watak sebagai Diana Dahlan di dalam Dukun.

“Ditakdirkan satu hari tu, sementara kru tengah set-up, saya pun berjalan-jalan di dalam penjara untuk ambil mood. Kebetulan pada hari itu saya uzur.

“Sampai di sel terakhir saya pandang ke arah sel itu dan entah macam mana tiba-tiba terdetik dalam hati saya bertanya, apa agaknya yang mereka rasa di hari terakhir? Tidak sampai beberapa saat, saya rasa lain macam. Saya menggigil, seperti sukar bernafas. Kalau lah ketika itu saya tidak kawal diri saya, mungkin saya histeria.

“Saya berzikir kemudian saya tarik seorang kru dan keluar terus dari kawasan itu. Di luar, saya tidak berkata apa-apa, saya cuma menangis sehinggakan kru berkenaan terpinga-pinga melihat saya berkeadaan begitu.

Memegang watak sebagai seorang pengamal ilmu hitam bernama Diana Dahlan di dalam filem Dukun, Umie Aida berkata dia sendiri tidak menyangka dia sanggup melakukan beberapa adegan mencabar termasuklah dirasuk, membaca mantera, membunuh dan menjilat dinding penjara.

Umie Aida dukun
Sumber foto : The Malay Mail Online

“Apabila masuk saja set, saya terus memberi fokus dan menjadi watak yang saya lakonkan. Memang yang saya jilat itu dinding penjara pudu. Bayangkan dinding itu sudah berpuluh tahun lamanya. Saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh sanggup lakonkan babak itu.

“Selain itu babak membunuh, membaca mantera dan dirasuk juga sangat mencabar. Mantera yang saya bacakan itu adalah mantera sebenar dalam bahasa batak tetapi tidaklah sampai habis saya bacakan,” katanya.

Sementara itu, Umie Aida turut meluahkan lega apabila filem Dukun akhirnya dapat ditayangkan meskipun terpaksa menunggu hingga 12 tahun.

Umie Aida

Filem yang diinspirasikan dan berkait rapat dengan kisah benar Mona Fandey itu sepatutnya berada di layar perak pada 2006, namun tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan ekoran masalah tertentu.

Apa-apapun, syabas kepada Umie Aida kerana telah memperagakan lakonan yang cukup mantap di dalam filem tersebut.

Sumber : Malaysian Digest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here