Aiman Tino

Kalau dilihat pada usia, siapa sangka penyanyi muda, Aiman Tino, 19,  yang popular dengan  lagu Ku Rela Dibenci, kini bergelar Pengarah Urusan Syarikat Manno Resources Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 19 Disember, tahun lalu.

Menjadikan umur bukanlah penghalang untuk Aiman mengembangkan kerjayanya dalam bidang perniagaan. Bagi Aiman, walaupun baru berusia 19 tahun, ia bukanlah satu halangan untuk beliau memimpin syarikatnya sendiri. Syarikat tersebut turut dibantu oleh ahli keluarga beliau bagi  melancarkan operasi syarikat.

Aiman Tino

Syarikat tersebut, kini mempunyai hampir 50 orang pekerja berpengalaman yang membantu dalam proses operasi syarikat tersebut. Walaupun menggalas tanggungjawab yang berat, namun Aiman tetap bersemangat kerana ibu bapanya sentiasa berada dibelakangnya untuk membantu dan memberikan sokongan kepadanya.

Menurut laporan mStar Online, Aiman berkata, bahawa beliau sudah bersedia untuk membawa nama syarikat Manno Resources Sdn. Bhd. ke tahap yang lebih tinggi. Disamping memperkenalkan lebih banyak produk seperti fesyen, kecantikan, aksesori dan sebagainya.

Aiman Tino

Dalam pada itu, Aiman Tino berkata, buat masa ini, beliau akan memberikan tumpuan penuh kepada produk kesihatan dahulu, disamping mengukuhkan nama syarikatnya menerusi pelbagai strategi pemasaran yang dilakukan.

Selain itu juga, beliau ingin membantu masyarakat luar dengan cara menyumbangkan RM1 daripada hasil jualan produknya kepada golongan yang memerlukan.

Kerjayaan Aiman menjadi satu yang mengbanggakan dan boleh dijadikan contoh yang baik untuk anak muda seusianya menceburi diri dalam bidang perniagaan  di usia muda. Umur bukanlah satu halangan untuk kita mencipta nama kerjayaan dalam kehidupan.

Aiman Tino

Walaupun sibuk mengusahakan perniagaan, bidang nyanyian tidak dilupakan sama sekali. Bidang nyanyian menjadi nombor 1 dalam hidupnya, dan tidak sama sekali beliau meninggalkan bidang tersebut. Bidang perniagaan menjadi nombor 2, dengan pengurusan masa yang tepat dan betul, beliau yakin dapat mengimbangi kedua-dua bidang tersebut.

Sumber: mStar Online 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai tempat-tempat makan menarik di Malaysia, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here