Hukuman Mati Mandatori

Tiada Lagi Hukuman Mati Mandatori ?

Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beberapa undang-undang di negara ini termasuklah hukuman mati mandatori bakal dimansuhkan dalam masa terdekat.

Menurut Muhyiddin, sebab utama beliau mengambil langkah berkenaan adalah kerana terdapat beberapa undang-undang dan akta yang diwujudkan di Malaysia sebelum ini sudah tidak relevan untuk dipraktikkan dalam landskap hari ini.

muhyiddin mb johor
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Selain hukuman mati mandatori, akta-akta yang turut akan dihapuskan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah seperti berikut :

-Akta Hasutan 1948

-Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 (PPPA)

-Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA)

-SOSMA

-Akta Perhimpunan Aman 2012

-Akta Pancegahan Jenayah 1959 (POCA)

BACA JUGA :   Kenyataan Menteri Besar Johor Bercanggah Prinsip Demokrasi

Namun, ini tidaklah bermakna kesemua akta dan undang-undang yang berkenaan akan dihapuskan sewenang-wenangnya. Ianya akan dikaji semula dan disemak dengan rapi, selaras dengan misi untuk mengembalikan kedaulatan undang-undang seperti yang sering diutarakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Hukuman Mati Mandatori
Perhimpunan BERSIH seringkali dikaitkan dengan Akta Perhimpunan Awam di negara ini.

Meskipun begitu, tarikh pemansuhan akta-akta yang terlibat belum diputuskan lagi. Tetapi, Muhyiddin memberi jaminan ianya akan dilakukan dalam masa terdekat dan tidak akan mengambil masa sehingga bertahun-tahun.

Kementerian Dalam Negeri juga akan mendapatkan maklum balas daripada badan-badan berkepentingan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan NGO yang terlibat sebelum membuat sebarang keputusan.

Jelas Muhyiddin lagi, kesemua langkah ini juga adalah untuk kebaikan negara Malaysia. Sebab itulah perbincangan rapi harus dilakukan bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Apa yang penting adalah kebajikan negara terjaga dan tidak dimanipulasi oleh sesetengah pihak seperti sebelum ini.

BACA JUGA :   Isu Pendaftaran Warga: 200,000 Akan Diberi Kewarganegaraan
Hukuman Mati Mandatori
Hukuman gantung sampai mati adalah antara hukuman mati mandatori di Malaysia.

Jadi apa pandangan anda, adakah wajar hukuman mati mandatori dihapuskan ? Lontarkan jawapan anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here