Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak diminta hadir ke SPRM pagi ini untuk beri keterangan mengenai siasatan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. Jika bekas perdana menteri itu gagal hadirkan diri ke pejabat SPRM, pagi, tindakan akan dikenakan terhadap beliau.
Najib boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sekiranya beliau gagal hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya pagi ini untuk membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd.
Menurut laporan daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki, terlebih dahulu, notis telah diserahkan kepada Najib untuk hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu pada hari pagi ini jam 10 pagi.
Notis itu diserahkan kepada Najib pada Jumaat lepas, selepas sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta dan meminta Ahli Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Sekiranya Najib gagal hadirkan diri untuk memberi keterangan, beliau boleh dikenakan tindakan di bawah Akta SPRM 2009.
Setakat ini, pihak SPRM hanya memanggil Najib sahaja dan masih belum membuat keputusan lagi untuk memanggil mana-mana individu lain.
Keterangan yang perlu dilakukan oleh Najib berkenaan kes SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Sumber: BERNAMA
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com