Beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut lebaran dan syawal akan menjelma. Pasti ramai yang telah mula merancang cuti untuk meraikan 1 syawal di kampung halaman bersama sanak saudara yang jauh mahupun dekat.

Bagi memulakan perjalanan jauh pulang ke kampung, anda mesti merancang perjalanan yang sempurna. Paling penting adalah anda sampai ke destinasi dengan selamat. Memandu dalam jarak yang jauh pasti anda akan letih dan mengantuk.

Tips

Memandu pulang ke kampung yang agak jauh memerlukan persediaan mental dan fizikal. Memandu dalam keadaan mengantuk adalah sangat bahaya. Badan yang letih serta mengantuk menyebabkan fokus pemanduan kita lemah dan tidak berupaya untuk membuat keputusan dengan baik dan reaksi yang cepat.

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti kerap menguap, kelopak mata terasa berat, hilang fokus kepada pemanduan dan sendi-sendi mula lenguh, jika anda mengalami tanda-tanda tersebut, sila berhati-hati.

Ikuti tips yang dikongsikan untuk elak mengantuk semasa memandu.

#1. Rancang Perjalanan Anda

Rancang perjalanan adalah sangat penting bagi memastikan perjalanan anda sekeluarga selamat. Pilih waktu yang sedikit sejuk seperti selepas subuh. Suasana pagi yang sejuk dan tenang baik untuk kesegaran mata anda. Suasana yang panas terik akan menyebabkan mata menjadi letih dan menjadikan mata kita cepat mengantuk.

#2. Mendapatkan Rehat Secukupnya Sebelum Memulakan Pemanduan

BACA JUGA :   Safer Adakan 'Cabutan Bertuah' Sebagai Galakan Pengguna Aktifkan Pendapatan Pasif.

Anda dinasihatkan jangan terburu-buru untuk pulang ke kampung halaman. Ambil cuti lebih awal untuk anda merehatkan diri sebelum memulakan perjalanan dengan keadaan yang bersedia.

#3. Minum Minuman Isotonic atau kafein

Badan yang letih dan mengantuk disebabkan tenaga dan bendalir dalam badan kita berkurang. Air isotonic mampu mengembalikan electrolyte dalam badan. Kandungan kafein dalam minuman pula akan membantu menghilangkan rasa mengantuk. Namun jangan selalu diamalkan minuman sebegini. Anda boleh singgah di R&R untuk menikmati kopi atau teh panas.

Tips

#4. Lakukan Senaman Ringan

Berhenti seketika jika anda sudah mula rasa mengantuk ketika memandu. Lakukan senaman ringan selama 5 minit. Seperti buat regangan badan untuk memastikan aliran darah dan ketegangan otot dalam keadaan baik.

#5. Berbual-bual

Berbual-bual dengan rakan sebelah atau bersama penumpang lain sekiranya anda pemandu. Cuba elakkan melayan perasaan dan berfikir sendirian. Ini akan menyebabkan anda lebih senang tertidur. Kepada penumpang, mainkan peranan anda untuk memastikan pemandu berada dalam keadaan yang segar dan fokus kepada pemanduan.

Tips

#6. Dengar Muzik Yang Rancak

Memang nampak biasa jika memandu sambil mendengar muzik. Namun tahukah anda bahawa muzik merupakan cara paling efektif bagi menghilangkan rasa mengantuk. Terdapat beberapa jenis bunyian atau pun muzik yang dikatakan dapat meransang dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Selain itu, anda boleh putarkan lagu-lagu kegemaran anda. cara ini mampu memberikan perasaan dan hati anda bersemangat.

BACA JUGA :   Suasana Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Indonesia

#7. Elakkan Memandu Berseorangan

Kebiasaannya memandu berseorangan akan menyebabkan anda akan cepat bosan. Terutamanya bagi perjalanan yang jauh. Potensi untuk anda mengantuk adalah tinggi. Ajaklah rakan atau ahli keluarga untuk memeriahkan suasana di dalam kereta. Carilah topik yang boleh membuatkan anda ketawa bagi mengelakkan rasa bosan sepanjang pemanduan.

TipsItu antara tips yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan anda mengantuk terutamanya memandu dalam bulan Ramadhan ini. Ada baiknya anda berhenti sebentar berehat di mana-mana hentian rehat untuk merehatkan diri. Ambil masa dalam 15 hingga 20 minit untuk melelapkan mata buat seketika.

Selepas bangun pastikan anda mencuci muka dengan air bagi menyegarkan diri semula. Kalau boleh basuh muka dengan menggunakan air yang suhunya sejuk. Walaupun tidur hanya sebentar, ia sudah cukup memberikan semula tenaga untuk anda terus memandu.

Antara petua yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan mengantuk ialah anda hanya perlu membasahkan kepala lutut anda keseluruhannya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here