Sedar tak sedar, Ramadan bakal melabuhkan tirai dan Syawal akan menjelma beberapa hari sahaja lagi. Pastinya sudah terbayang di dalam kepala kita tentang kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, di kesempatan ini kami ingin kongsikan beberapa amalan sunat yang boleh anda lakukan di pagi 1 Syawal. Amalan ini sendiri diamalkan oleh penghulu kita, Nabi Muhammad SAW sebagai sunnah. Semoga perkongsian ini menjadi ibadah dan pendorong kepada kita untuk mendapat keredhaan Allah.

Berikut merupakan beberapa amalan sunat di Hari Raya Aidilfitri :

#1. Mandi Sunat Di Pagi Hari Raya

Sebelum anda keluar ke masjid pada pagi 1 Syawal, elok kiranya anda berniat mandi sunat Aidilfitri terlebih dahulu.

Hari Raya

#2. Makan Sebelum Menunaikan Solat Aidilfitri

Disunatkan untuk umat Islam menjamah makanan walaupun sedikit sebelum berangkat ke masjid menunaikan solat Aidilfitri. Ini adalah bertujuan menutup segala andaian bahawa amalan berpuasa adalah dibenarkan pada Hari Raya. Menurut riwayat, Rasullullah SAW juga akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil di pagi Hari Raya.

Hari Raya

 #3. Memakai Pakaian Yang Indah

Adalah disunatkan untuk anda memakai pakaian yang terbaik serta indah-indah di pagi Hari Raya mengikut kemampuan masing-masing. Selain itu, disunatkan juga bagi kaum lelaki untuk memakai wangi-wangian, tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.

BACA JUGA :   Patung Berhala di dalam Surau. Sungguh Biadap!

#4. Berjalan Kaki Menuju Ke Masjid

Berjalan kaki untuk menuju ke masjid adalah lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Juga disunatkan untuk mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat Hari Raya. Hal ini supaya agar kita dapat bertemu dan mengeratkan silaturahim dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan ini.

Lagi satu, ucapkanlah tahniah dan doakan orang yang melangkah berjalan ke masjd supaya ditinggikan darjatnya.

Kebiasaan umat Islam akan mengucapkan ‘Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin’  antara satu sama lain. Cuba kita tukar untuk menyebut mengantikannya dengan lafaz ‘Taqabbalullah mina waminka’ (semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).

#5. Mengerjakan Solat Aidilfitri

Amalan utama dalam menyambut Aidilfitri adalah melaksanakan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat. Rasulullah juga akan keluar rumah dengan mengerjakan solat sunat 2 rakaat. Di samping itu, luangkan masa mendengar khutbah yang disampaikan. Maklumkah, setahun cuma sekali.

#6. Saling Ziarah-Menziarahi

Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezeki dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. Mungkin di Hari Raya sahaja anda berpeluang untuk ziarah-menziarahi sanak saudara dan waris-waris. Jadi, rebutlah peluang ini dan jangan hanya terperap di rumah menonton televisyen.

BACA JUGA :   Amalan yang Perlu Dilakukan Ketika Bulan Ramadan

Hari Raya

#7. Memperbanyakkan Takbir

Umat Islam jangan terlalu ghairah melakukan persiapan raya sehingga meninggalkan peluang untuk sama-sama bertakbir. Ini adalah sangat penting bagi meningkatkan syiar Islam. Satu lagi, kalimah Takbir sebenarnya sangat dibenci dan tidak disukai oleh syaitan.

Disamping itu, sebelum 1  Syawal menjelma, kita juga perlu menunaikan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan. Hiasi juga diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik. Elakkan melakukan pembaziran ketika menyambut Hari Raya dan lakukan persiapan dalam suasana bersederhana yakni tidak terlalu bermewah.

Perbanyakkan amalan sunat pada malam Hari Raya dengan melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya dan juga melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubah dan hajat di masjid.

Setahun hanya sekali, ia datang dan pergi. Rebutlah peluang untuk tingkatkan amalan ibadat kepada-Nya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here