Hari-hari seorang usahawan atau seorang penjual sentiasa sibuk dengan pelbagai tugas dan rutin perniagaan. Kesibukan yang dialami oleh usahawan ini boleh diatasi sekiranya kemajuan teknologi dimanfaat sebaiknya.

Produktiviti perusahaan anda juga perlu anda pantau bagi memastikan permintaan daripada pelanggan sentiasa dapat dipenuhi. Sekiranya anda mempunyai pekerja tetap, prestasi kerja mereka perlu dipantau bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

 

(Sumber gambar: ecorner.stanford.edu)

Mujur, perkembangan teknologi yang semakin ke depan telah menawarkan pelbagai penyelesaian kepada para usahawan bagi memastikan segala tugasan dan perancangan mereka dapat dilaksanakan dengan mudah.

Kemunculan pelbagai aplikasi utiliti bagi meningkat produktiviti telah membuka satu jalan baharu kepada para usahawan untuk meningkatkan jualan mereka, membuat promosi, serta memberi tugasan kepada pekerja.

Berikut antara aplikasi yang boleh digunakan oleh usahawan bagi memudahkan urusan perniagaan dan seterusnya menaikkan jualan perniagaan anda.

#1. Wunderlist

(Sumber gambar: wunderlist.com)

Aplikasi ini digunakan untuk mencatat nota dan membuat senarai. Apa yang menariknya, apps utiliti ini bukan sahaja boleh diakses di telefon pintar, malah boleh dibuka di mana peranti seperti komputer riba dan tablet.

Bukan sahaja boleh membuat senarai dan mencatat nota, ia juga boleh membuat peringatan seperti pembayaran kepada pembekal atau pun mesyuarat syarikat melalui apps ini. Ciri yang paling mengagumkan adalah senarai yang dibuat boleh dikongsi secara dalam talian dengan usahawan lain.

Paparan antara muka Wunderlist (Sumber gambar: wunderlist.com)

#2. Receipts by Wave for Business

(Sumber gambar: waveapps.com)

Menguruskan resit dan invois yang terlampau banyak kadang-kadang agak merimaskan. Lebih teruk jikalau anda terlepas resit atau invois yang penting dan terpaksa mencari di dalam timbunan resit yang tebal.

BACA JUGA :   VIRAL: Lelaki Ini Berpakaian Seperti Goku Ketika Berniaga Kuih

Keserabutan ini boleh diatasi dengan aplikasi Wave iaitu aplikasi untuk menguruskan segala macam resit dan invois perniagaan anda. Anda hanya perlu mengimbas semua invois dan resit dan ia akan disimpan dalam simpanan cloud. Salinan resit dan invois ini boleh diakses semua dan boleh dikepilkan sekali bersama akaun yang telah dibuat.

 

Paparan antara muka Wave Apps

Bukan sekadar menyimpan resit, aplikasi ini turut boleh mendapat notifikasi bagi setiap pembayaran yang telah dibuat atau diterima. Sekiranya mahu menguruskan kewangan perniagaan seperti seorang bos, aplikasi ini patut anda ada dan cuba.

#3. Trello

(Sumber gambar: trello.com)

Menguruskan kewangan, menjaga stok barang, menerima pesanan pelanggan, dan lain-lain tugasan memang menyebabkan anda boleh tertinggal mana-mana kerja yang sepatutnya diselesaikan. Jadi, aplikasi Trello ini boleh membantu anda.

 

Paparan antara muka Trello (Sumber gambar: trello.com)

Aplikasi ini membolehkan anda untuk menyusun semua tugasan dan kerja yang sepatutnya anda lakukan dan pada skrin yang sama. Anda boleh menentukan tugasan mana yang sepatutnya diselesaikan dahulu dan seterusnya. Segala tugasan yang perlu diselesailkan ini akan dihimpunkan dalam satu skrin yang sama untuk kemudahan anda.

#4. Google Analytics

(Sumber gambar: developers.google.com)

Google telah banyak menyediakan pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk memudahkan tugasan oleh pemilik perniagaan. Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah Google Analytics.

paparan antara muka Google Analytics (Sumber gambar: developers.google.com)

Aplikasi Google ini boleh digunakan untuk memantau trafik laman sosial perniagaan anda seperti Facebook. Aplikasi ini membolehkan anda untuk memantau trafik dan capaian di laman web anda atau di laman media sosial pada mana-mana peranti.

BACA JUGA :   Google Bakal Sekat Segala Iklan Berkaitan Cryptocurrency Bermula Jun 2018

#5. Buffer

(Sumber gambar: buffer.com)

Pemasaran melalui laman sosial menjadi pilihan buat mana-mana usahawan atau penjual online bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan mereka diketahui oleh bakal pelanggan. Untuk itu, iklan perniagaan perlu dibuat setiap hari di laman-laman yang terlibat.

Ada kalanya, seorang usahawan memiliki banyak akaun media sosial yang boleh menyukarkan kerja menaikkan iklan di laman media sosial. Untuk memudahkan kerja mengiklan ini, anda boleh mencuba aplikasi Buffer.

 

Paparan antara muka Buffer (Sumber gambar: buffer.com)

Aplikasi ini bukan sahaja membolehkan anda untuk memantau media sosial perniagaan anda, tetapi turut boleh menjadualkan posting-posting iklan di media sosial anda. Tidak lagi perlu untuk anda membuka banyak tabs di komputer. Dengan hanya 1 klik, segalanya sudah dikemas kini.

Kemajuan teknologi yang semakin ke depan ini sepatutnya dimanfaat oleh para usahawan dalam memastikan urusan perniagaan berjalan lancar dan tidak ketinggalan. Segala apps ini adalah kebanyakannya adalah percuma untuk digunakan.

Jadi, apa tunggu lagi? Maksimumkan produktiviti perniagaan dengan aplikasi-aplikasi ini dan terus menjana keuntungan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here