Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa kadang-kala perasaan dipermainkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir itu timbul dan adakah benar beliau akan dipermainkan sekali lagi?
Tetapi beliau yakin, tujuan utama perdana Menteri adalah untuk memperbetulkan semula pentadbiran negara yang dilihat agak kecundang sejak kebelakangan ini dan bukan untuk mempermainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika sesi Terus Terang bersama Invoke Malaysia, beliau berkata perkara itu sebagai ‘cakap-cakap kosong’ kerana keadaan pada hari ini tidak sama seperti beberapa tahun dahulu.
“Kadang-kadang timbul perasaan adakah Mahathir nak ‘mainkan’ aku sekali lagi ada juga saya dengar, tapi saya kata keadaan dah berubah.
“Mahathir cuma mahu tinggalkan legasi yang baik bukannya imej negatif. Saya fikir, asalkan saya dan beliau ada hubungan peribadi yang baik, tidak layan hal-hal negatif negara akan maju,” ujarnya.
Datuk Seri Anwar tetap berfikir secara positif tentang keadaan negara pada hari ini malahan tidak mahu lagi mengungkit kisah lama. Beliau yakin ada hikmah disebalik dirinya tidak dilantik menjadi perdana menteri ketika peralihan kuasa sedang berjalan pada hari ini.
Beliau akui bahawa tugas menjadi seorang perdana menteri sangat berat dan mengatakan, sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad berhasil melakukannya dalam situasi peralihan kuasa ini maka ia juga akan bermanfaat buat diri beliau.
“Kalau Tun Mahathir berhasil dalam program peralihan ini ia menguntungkan saya juga kerana adalah menjadi kepentingan saya untuk melihat kerajaan ini dikendalikan dengan baik, ia membawa perubahan penting kepada saya.
“Ada hikmah juga saya bukan perdana menteri sekarang kerana perdana menteri pada era ini tugasnya sangat mencabar sebab terpaksa bertempur atau menghadapi kekuatan lama, rasuah besar dan perlu membetulkan seluruh sistem,” ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata seluruh sistem perlu diperbaiki semula ini termasuklah daripada pegawai kerajaan, badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pelbagai lagi sistem lain yang perlu dibaiki.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com