Bercuti di Pulau Pinang tidak akan menjadi sia-sia sekiranya anda buat 4 perkara ini. Pulau Pinang merupakan salah satu negeri di Malaysia yang amat kerap dikunjungi oleh pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia ini menjadikannya sebagai sebuah tempat percutian yang menjadi pilihan ramai untuk bercuti. Oleh itu, mari lihat apa perkara yang wajib anda buat sekiranya bercuti ke sana.

#1. Makan

Perlu anda ketahui bahawa Pulau Pinang mempunyai pelbagai jenis makanan pelbagai kaum seperti makanan India, Cina dan juga Melayu sehingga mendapat jolokan sebagai “Syurga Makanan”.

Antara makanan yang menjadi pilihan orang ramai apabila berkunjung ke Pulau Pinang ialah nasi kandar, pasembur, laksa, char kuey teow dan banyak lagi. Boleh dikatakan tak sah kalau tak makan makanan yang terdapat di sana ketika bercuti ke Pulau Pinang.

#2. Membeli-belah

Selain itu, jangan melepaskan peluang untuk membeli belah semasa berkunjung ke Pulau Pinang. Negeri itu mempunyai tempat membeli belah yang banyak dan cukup menarik. Anda boleh mendapatkan barang tempatan mahupun barangan jenama antarabangsa dan juga cenderahati buat kenalan anda.

BACA JUGA :   Ladang Ini Tempat Wajib Anda Kunjungi Kalau Anda Penggemar Buah

Ada juga pelancong yang amat gemar berkunjung ke sana semata-mata untuk cuci mata sahaja. Antara pusat membeli-belah yang sering dikunjungi oleh pengunjung ialah Menara Komtar, Island Plaza, Penang Time Square Mall dan banyak lagi.

#3. Berkunjung ke pantai

Negeri ini juga memiliki pantai-pantai yang sangat indah untuk dikunjungi. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini tidak akan melepaskan peluang menikmati keindahan pantai sama ada hanya untuk menghirup udara segar ataupun melakukan aktiviti seperti mandi-manda, menaiki bot dan banyak lagi.

Kunjungan ke pantai juga tidak akan berakhir begitu sahaja kerana terdapat banyak gerai makan yang menyediakan hidangan makanan laut yang enak dan segar. Oleh itu, perut yang lapar dengan mudahnya akan terisi dengan makanan yang enak dan tidak akan anda lupakan.

#4. Berkunjung ke tempat bersejarah

Selain itu, Pulau Pinang juga terkenal dengan tempat bersejarah yang bukan sahaja digemari oleh penduduk tempatan, tetapi juga pelancong daripada luar negara. Tempat bersejarah, monumen  serta tugu peringatan memaparkan bagaimana negeri tersebut melepaskan diri daripada cengkaman penjajah dan terus membangun sehingga kini.

BACA JUGA :   Musim Banjir Berterusan Mungkin Memaksa Pilihan Raya Diadakan Pada Tahun Hadapan

Antara tempat bersejarah yang boleh anda pergi ialah Fort Cornwallis Padang Kota Lama, Muzeum Perang, Penang Time Tunnel dan banyak lagi.

#5. Menaiki beca

Beca merupakan salah satu  kenderaan yang menjadi tarikan pelancong di Pulau Pinang sejak dahulu lagi. Walaupun terpaksa berpanasan ketika menaiki beca, ianya tetap menjadi pilihan pelancong untuk melihat dan meneroka sendiri sekitar bandar Georgetown dengan kadar perlahan dan cara yang santai.

Harga yang dikenakan juga sangatlah berpatutan dan boleh dirunding. Pembawa beca juga lebih arif tentang kawasan di sekitar bandar Georgetown yang anda boleh lalui dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.

Semoga informasi di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda semasa menikmati percutian ke Pulau Pinang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here