Papa Suk

Iftar Eksklusif di Papa Suk Catering

Dalam kemeriahan menyambut Ramadan, pasti ramai di antara kita yang tercari-cari tempat makan yang menarik untuk berbuka bersama ahli keluarga tercinta, kenalan rapat mahupun rakan sepejabat. Kalau dah tiap-tiap hari berbuka beli juadah di bazar sahaja, sekali-sekala nak juga merasa kelainan, betul tak ?

Papa Suk

Haa dekat sini timbul satu lagi persoalan, nak makan dekat mana ? Memang ada banyak restoran yang menawarkan jamuan berbuka, tapi tak semuanya berbaloi dan perkhidmatan mereka pun kadang-kala tidak memuaskan. Yelah bila dah ramai sangat pelanggan, ada sesetengah lauk lambat sampai, itu ini tak cukup dan sebagainya.

Jadi, di sini Team Deenamik nak berkongsi satu destinasi berbuka puasa berkonsepkan buffet yang anda kena cuba di Papa Suk Catering. Kami sendiri pernah berbuka di sini dan jujur kami katakan, servisnya memang tip-top. Rata-rata pelanggan berpuas hati dan bagi 5 bintang.

BACA JUGA :   Lagi Kes Kebakaran Pusat Tahfiz, Kali Ini Di Selangor Pula

Apa Yang Best di Papa Suk Catering ?

Di sini, juadah dan lauk-pauk memang tersangatlah banyak. Daripada pintu masuk dewan (SUK Event Hall) hinggalah ke hujung dewan, anda dapat lihat pelbagai hidangan disusun rapi untuk santapan para pelanggan. Ada lebih 50 jenis menu untuk anda pilih. Sebut sahaja apa yang anda nak – kambing bakar, sate, mi kari, ikan bakar semua ada. Pendek kata, anda pasti akan rambang mata tengok semua juadah-juadah lazat ni.

Bukan itu sahaja, ruangan tempat makan (berhawa dingin) adalah sangat luas ditambah dengan suasana berbuka yang ekslusif. Setiap meja makan pula bersaiz besar dan boleh memuatkan 10 orang pada satu-satu masa. Sangat sesuai untuk anda yang datang dalam kumpulan yang ramai, lazimya ahli keluarga ataupun rakan sepejabat.

Apa yang kami suka di sini adalah SUK Event Hall juga ada menyediakan surau yang selesa dan sejuk untuk memudahkan para pelanggan menunaikan solat. Jadi, anda boleh makan dengan tenang dan tak perlu terkejar-kejar masa pulang ke rumah untuk solat. Oh ya, lagi satu bab parking anda tak perlu risau. Di dewan ini menyediakan ruangan parking percuma khas untuk pelanggan.

BACA JUGA :   Air Selangor: Beberapa Kawasan Terjejas Bermula Hari Ini.

Paling penting, harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi. Untuk menikmati hidangan buffet eksklusif di Papa Suk Catering, harga yang dikenakan adalah hanyalah serendah RM24 untuk kanak-kanak dan RM49 untuk dewasa. Harga memang sangat berpatutan kalau dibandingkan dengan buffet di tempat-tempat lain.

Jadi, apa tunggu lagi ? Datanglah berbuka bersama ahli keluarga mahupun kenalan rapat di Papa Suk Catering. Sekali makan, gerenti nak datang lagi.

LOKASI : SUK Event Hall, Jalan Kim Chuan,Pandamaran 41200 Pelabuhan Klang

Buffet bermula – 23 Mei hingga 12 Jun

Tempahan melalui Whatsapp / Call:

http://www.wasap.my/+60182554956

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here