Berdirinya seorang perdana menteri malaysia buat kali kedua nampaknya berpotensi besar meningkatkan kepercayaan pelabur asing dan salah satunya adalah Jepun.

Sejak kebelakangan ini Jepun meragui ekonomi negara, tetapi kembalinya Tun Dr Mahathir memimpin negara ini maka keraguan itu kian menghilang. Dr Makio Miyagawa juga telah menyatakan keraguan Jepun terhadap ekonomi Malaysia.

“Menerusi laporan media sejak beberapa tahun lalu tidak menunjukkan kami prospek positif tentang masa depan Malaysia, khususnya berkaitan kerjasama strategik, dasar perindustrian dan strategi ekonomi,” ujar beliau.

Oleh itu, Malaysia – Jepun akan membangkitkan dan memperbaiki semula Dasar Pandang Ke Timur agar kerjasama dapat diperkukuhkan lagi dan daya saing dalam perniagaan yang lebih baik antara kedua-dua negara.

Tun Dr Mahathir berasa gembira apabila Jepun menyambut baik tentang Dasar Pandang Ke Timur dan berharap negara Malaysia dapat meraih manfaat hasil daripada kerjasama yang terjalin. Malah beliau juga berharap universiti-universiti Jepun akan menubuhkan cawangan mereka di negara ini.

BACA JUGA :   Pengawal Saya Ditarik Balik Oleh Kerajaan Pakatan Harapan - Najib

Kerjasama itu termasuklah penambahbaikan dari segi memperkukuhkan inisiatif pertukaran dalam pendidikan, menggalakkan pemindahan dalam sains dan teknologi, serta memperluaskan lagi sumber manusia.

Sehubungan itu, Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa Abe bersetuju untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh negara, sekaligus membuat kajian permintaan Malaysia untuk mendapatkan kredit Yen dari Jepun.

“Penyelesaian semua masalah hutang akan membolehkan Malaysia sekali lagi menjadi pasran yang baik untuk Jepun dan pelaburan Jepun di Malaysia,” ujarnya.

Berikutan projek HSR yang dibatalkan oleh kerajaan Pakatan harapan (PH) yang menghubungkan antara Malaysia dengan Singapura, Jepun menyuarakan hasrat berminat untuk terlibat sama dengan projek itu.

jepun

Tetapi, mereka memahami keadaan dan keutamaan negara Malaysia iaitu ingin memulihkan ekonomi dan memastikan negara berada pada landasan yang betul. Apabila Malaysia sudah bersedia untuk mempertimbangkan semula projek HSR itu Jepun bersedia untuk terbabit.

BACA JUGA :   Dalam Sejarah Hutang Negara Cecah 1 Trilion - Tun Mahathir

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

???

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here