Berbaki lebih kurang 3 hari lagi, umat Islam akan menyambut 1 Syawal. Bermakna bulan Ramadhan akan berlabuh pergi. Masih cukup atau tidak amal ibadat kita kepada Allah? Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada tahun sebelumnya.

Bulan Ramadhan sudah semestinya sinonim dengan buah kurma. Terdapat banyak jenis kurma yang boleh diperolehi di sepanjang bulan Ramadhan. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari bahawa kurma mempunyai banyak kebaikan dan ia sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja.

NutrisiApa yang pasti kepada anda yang sedang mencari ubat alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan daripada serangan jantung dan strok, makan kurma adalah jalan penyelesaiannya.

Ini kerana kandungan nutrisi dalam sebiji kurma yang tinggi menjadikan ia makanan yang wajib anda makan untuk mendapatkan kesihatan yang sihat kepada tubuh badan.

Antara kebaikan yang terkandung dalam kurma ialah :

#1. Kaya Dengan Zat Besi

Seperti yang diketahui umum, kurma kaya dengan zat besi dan sangat berguna bagi anda yang mengelami penyakit anemia, sesuai untuk kanak-kanak dan juga untuk ibu mengandung.

Nutrisi

#2. Mengandungi Potasium

Kurma kaya dengan potasium dan amat penting untuk menghalang berlaku cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus serta meransang bakteria yang berada dalam perut secara lebih efektif. Lebih disarankan kepada mereka yang mengalami tekanan darah tinggi (hipertensi) kerana tiada langsung sodium.

BACA JUGA :   Kes Palsukan Keputusan Ujian COVID-19.

#3. Melegakan Sembelit

Dengan hanya makan kurma beberapa biji anda mampu melegakan sembelit. Dengan cara merendamkan beberapa biji kurma ke dalam air semalaman. Minum air tersebut pada  hari keesokan untuk meningkatkan pencernaan yang baik.

#4. Mengawal Berat Badan

Khas bagi anda yang sedang berdiet, dan menjaga berat badan. Jika anda mahu mengelakan lemak berlebihan, anda hanya perlu makan kurma dalam keadaan perut tengah kosong. Ia dapat mengawal berat badan anda. sangat penting dalam mengimbangi dan mengawal kolesterol yang tidak sihat (LDL). Kerana kurma dapat membersihkan salur darah dan menghalang pembentukan darah beku berlaku.

Nutrisi

#5. Memberi Tenaga Kepada Kesihatan Tubuh Badan

Kurma memiliki kandungan gula alami yang tinggi seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Oleh itu kurma sangat bagus dijadikan makanan tambahan untuk meningkatkan tenaga. Selain itu, kurma dapat menghilangkan rasa letih dan mengantuk.

BACA JUGA :   Nak Jadi Doktor Haiwan Perlu Bidang Veterinar? Wujudkan Impian Bersama Institut Pertanian Bogor.

#6. Melancarkan Buang Air Kecil

Bagi anda yang mengalami kesukaran untuk buang air kecil, anda boleh amalkan makan kurma. Ini terbukti dengan hasil kajian yang dilakukan, bahawa kandungan nutrisi di dalam kurma boleh melancarkan serta melawaskan buang air kecil.

Amalan makan kurma banyak mendatangkan khasiat kepada tubuh badan. Kurma adalah salah satu makanan sunnah dan banyak produk kesihatan yang menggunakan kurma sebagai bahan utama dalam produk tersebut.

Nutrisi

Bagi anda yang jarang atau tidak makan kurma, amatlah rugi. Jadi amalkan kurma dalam diet harian anda.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor.

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here