Selalunya kita akan memastikan baju hari raya dibawa pulang ke kampung dan kenderaan berada dalam keadaan baik. Tetapi tahukah anda masih terdapat satu perkara sangat penting yang anda terlupa?

Mesti ramai yang tak tahu lagi tentang Volunteer Smartphone Patrol (VSP) kan? VSP merupakan satu langkah berjaga-jaga yang baru diperkenalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kerjasama membanteras jenayah bersama masyarakat.

Tidak dinafikan, sebelum balik ke kampung halaman mesti ramai yang ingin memastikan rumah mereka berada dalam keadaan yang selamat tetapi gejala pecah rumah ini tetap masih berlaku. Adakah disebabkan kecuaian tuan rumah semata-mata?

Jangan bimbang, kali ini satu inisiatif terbaharu berpotensi membantu anda mengatasi masalah jenayah ini. Kaedah terdahulu masyarakat hanya boleh membuat laporan menerusi hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

Tapi, kali ini aplikasi VSP sangat yang mudah, anda boleh terus membuat aduan berserta maklumat yang dilengkapi dengan multimedia seperti gambar, video serta lokasi kejadian.

“VSP ini merupakan penambahbaikan daripada aplikasi Rakan Cop sebelum ini yang diperkenalkan PDRM dan pastinya ia kali ini lebih efektif , modern serta tidak dikenakan sebarang caj,” ujar Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Azri Ahmad.

Tambahan lagi, VSP merupakan satu program dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang mana PDRM berperanan sebagai agensi pelaksana manakala JPJKK pula berperanan sebagai initiative owner.

Bagaimanapun, orang ramai diharapkan agar melibatkan diri dan menyokong inisiatif baharu ini. Menjadi mata dan telinga kepada PDRM untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan supaya masalah jenayah di negara ini mampu diatasi secara beransur-ansur.

Netizen yang bakal pulang ke kampung halaman bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri, anda boleh terus mengisi borang maklumbalas balik ke kampung menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan lebih mudah, cepat dan pantas.

Selepas itu, maklumbalas itu akan diterima dan pihak PDRM akan membuat tinjauan secara berkala menerusi penugasan seperti URB dan MPV. Selesai rondaan dilakukan maka anda akan mendapat notifikasi aplikasi tersebut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

???

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here