lidah buaya

Lidah buaya atau aloe vera adalah tumbuhan asli dari timur, selatan dan utara Afrika serta Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika lain. Tanaman ini juga hidup liar dan membiak dengan baik di beberapa tempat lagi.

Tumbuhan ini telah digunakan secara meluas sebagai ubatan tradisional, antaranya untuk mengubati luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Namun, tumbuhan ini  masih kurang ditanam di Malaysia.

Kalau anda nak tahu, lidah buaya adalah tumbuhan berakar serabut dan mempunyai daun hijau atau kelabu-hijau yang banyak serta berisi tebal dan bergerigi. Selain itu, tumbuhan ini boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup.

Mengandungi lebih 200 komponen aktif antaranya vitamin,  A, C dan E serta asid folik, choline, B1, B2, B3,B6 dan B12,  mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi) asid amino, enzim serta lemak asid. Disebabkan itu, masyarakat dunia telah menggunakan terapi aloe vera ini untuk kesihatan sejak lebih 5,000 tahun lalu.

Selain kesihatan, tanaman ini digunakan dalam bidang kecantikan, antaranya:

#1. Mengubati Luka Terbakar

Lidah buaya dapat menyembuhkan dan mengubati luka akibat terbakar.Terutamanya luka terbakar di bahagian muka. Anda boleh lalukan dengan cara, daunnya dicuci bersih, dan dibelah dua. Lendir yang seperti gel disapu pada tempat yang luka dan dalam masa 2-3 hari akan sembuh.  Lendir tersebut juga dapat memberhentikan darah dan luka dengan cepat.

#2. Menurunkan Diabetes

Bagi anda yang mengalami masalah diabetes, anda boleh melakukan dengan cara mengambil jus lidah buaya bersama setengah sudu madu Asli dan diminum. Amalkan rutin minum jus lidah buaya ini selama 14 hari untuk menurunkan kadar gula dalam darah sebanyak 45%.

BACA JUGA :   Malaysia di Tangga Pertama Sistem Kesihatan Terbaik Dunia

#3. Menghilangkan Jerawat Pada Wajah

Dalam bidang komestik, penggunaan lidah buaya digunakan secara meluas. Lidah buaya dapat menghilangkan jerawat merah yang besar atau jerawat batu.

Anda boleh lakukan dengan cara, belah lidah buaya kepada beberapa bahagian, kemudian ambil getahnya atau lendir yang terdapat di dalamnya. Sapu dibahagian keseluruhan wajah termasuk kawasan jerawat. Biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam.

#5. Menghilangkan Bintik Hitam Pada Wajah

Anda boleh lakukan dengan cara bersihkan wajah terlebih dahulu menggunakan facial foam, ambil jeli lidah buaya lalu anda bersihkan dari lendir-lendirnya dan sapukan ke wajah setiap pagi dan malam. Biarkan selama 30 minit dan bersihkan dengan air bersih serta keringkan. Lakukan 2x sehari secara berturut-turut.

Selepas itu, anda hanya perlu ambil tisu muka dan tekap pada wajah. Biarkan sampai kering kemudian tarik tisu tadi dan akan Nampak bintik hitam dan putih pada muka akan tertanggal.

Bagi anda yang mahukan keputusan yang memuaskan, kesabaran amat diperlukan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

#6. Menguatkan Akar Bulu Mata

Lidah Buaya dapat menguatkan akar bulu mata anda supaya lebih kuat dan cantik. Anda boleh dilakukan dengan cara, sebelum tidur  anda disarankan untuk mencuci bulu mata agar bebas dari bahan kimia seperti alat solek.

BACA JUGA :   Statistik Global Terus Meningkat - COVID-19

Ambil lendir lidah buaya dan oleskan secara pelahan-lahan pada bulu mata anda. Biarkan selama 30 minit, lalu cuci dengan air biasa sehingga bersih. Amalkan selalu agar bulu mata anda tidak mudah gugur.

#7. Rawatan Rambut

Tanaman ini dapat  merawat rambut anda agar tidak mudah gugur dan dapat mengurangkan kelemumur dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Dengan cara ambil lidah buaya yang sudah dicuci kemudian balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya. Amalkan selalu untuk mendapat hasil maksimum.

#9. Merawat Buasir

Bagi yang mengalami masalah buasir, anda boleh mengamalkan minum air lidah buaya. Dengan cara parut lidah buaya dan tambahkan madu. Campurkan setengah cawan air masak dan kacau sehingga rata, tapis lalu diminum sebanyak 3 kali sehari. Amalkan selalu, masalah anda akan selesai.

Antara kelebihan lain,

  • Meningkatkan Kesihatan Gigi
  • Mengatasi Asma
  • Mengatasi Sakit Tekak
  • Mengatasi Sembelit
  • Mengatasi Batuk

Ternyata khasiat lidah buaya terlalu banyak. Tanaman ini boleh menyelesaikan masalah kesihatan kita. Sangat penting untuk kita tanam pokok lidah buaya di setiap rumah. Boleh digunakan semasa kecemasan. Selain itu, banyak kegunaan dan manfaat lain, walaupun sekarang telah mempunyai gel daripada lidah buaya yang telah siap diproses, namun tidak sama dengan yang original.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here