Satu demi satu langkah proaktif diambil oleh Tun M pada pasca PRU-14 untuk mengembangkan lagi sayap Malaysia di persada dunia. Bermula dengan lawatan ke Jepun, Tun M pada hari ini akan berlepas ke Indonesia bagi bagi tujuan lawatan rasmi selama dua hari.

lawatan

Tujuan Tun M mengunjungi negara seberang itu adalah untuk mengeratkan lagi ikatan diplomatik dua negara serumpun yang telah terjalin sejak sekian lama lagi. Bertepatan dengan Peralihan kerajaan baru, lawatan itu seiring dengan diskusi mengenai hal yang bersangkut paut dengan kepentingan kedua-dua belah pihak.

Menurut Wisma Putra, kunjungan rasmi Tun M ke Indonesia diiringi isteri tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Pertemuan empat mata bersama Presiden Indonesia, Jokowi akan berlangsung ketika jamuan tengah hari. Sebagai menyambut mesra kedatangan pemimpin baru Malaysia yang ke-7 itu, Jokowi sendiri akan menjadi hos ketika pertemuan itu nanti.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Menyediakan Universiti Terbaik di Indonesia

lawatan

“Ia juga akan membolehkan Malaysia memaklumkan dasar-dasar terbaru kerajaan dan pendiriannya, terutama membabitkan isu-isu kepentingan bersama. Selain itu, kedua-dua pemimpin juga akan berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan berhubung isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan kepada kedua-dua negara,”-PM melawat Indonesia hari ini (Lawatan pertama Mahathir ke negara serantau selepas bergelar Perdana Menteri), Kosmo Online, 28 Jun 2018.

Sebagai jiran serumpun dan sahabat akrab, kunjungan ini secara tidak langsung mengimbau kembali memori Tun M ketika menjawat jawatan sebagai perdana menteri ke-4 suatu ketika dahulu. Beliau melakukan lawatan pertama ke Indonesia sebaik sahaja diumumkan sebagai perdana menteri.

lawatan

“Pada 2017, jumlah dagangan dua hala adalah sebanyak RM72.63 bilion (US$16.89 juta), meningkat sebanyak 22 peratus berbanding pada 2016, menjadikan Malaysia rakan dagangan ketujuh terbesar di peringkat global dan rakan dagangan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN selepas Singapura dan Thailand,”-PM adakan lawatan rasmi ke Indonesia esok, Bernama,

BACA JUGA :   Peluang Kerjaya Dalam Bidang Veterinar

Diharapkan perbincangan antara kedua-dua pemimpin tersohor itu mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia serta membuahkan hasil yang terbaik. Pada masa yang sama mampu memacu pembangunan negara kearah Malaysia Baru.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here