Kecekalan hati seorang warga Peracis untuk menawan bangunan pencakar langit di seluruh dunia akhirnya terhenti apabila terpaksa akur kepada pengawal bangunan Lotte World Tower. Bangunan pencakar langit merupakan target utama individu tersebut.

Warga Perancis yang dikenali sebagai Alain Robert atau ‘Spiderman Perancis’. Beliau sangat terkenal dengan aksi berbahaya ‘memanjat hanya menggunakan tangan kosong’.

Pelbagai bangunan pencakar langit yang berjaya ditawan oleh beliau, ini termasuklah Menara Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Menara Tower di Perancis, Sydney Opera House di Australia dan juga Burj Khalifa di Dubai.

Tetapi kali ini Robert terpaksa menghentikan misi untuk tawan bangunan Lotte World Tower setelah diminta untuk tidak meneruskan aksi berbahaya itu oleh pengawal security bangunan sejurus menyedari keberadaan beliau di tingkat kira-kira 75.

“Saya memanjat kira-kira 75 tingkat dan selepas itu ia seperti adegan kucing mengejar tikus. Saya terpaksa akur dan menyerah diri,’ ujar Robert.

Beliau berjaya ditahan selepas berjaya dibawa ke bumbung bangunan oleh pihak keselamatan yang berada di tempat kejadian.

Apabila ditanya tujuan beliau melakukan aksi berbahaya itu, adalah untuk meraihkan usaha perdamaian di antara Korea Utara dengan Korea Selatan, serta berharap agar pihak keselamatan faham dan ambil kira berkenaan hajatnya menawan bangunan setinggi 126 tingkat itu.

“Saya mungkin di denda kerana bertindak sedemikian, tetapi saya melakukannya adalah kerana apa yang sedang berlaku antara Korea Selatan dan Korea Utara,” ujarnya lagi.

Menurut Robert lagi, tindakannya itu adalah cara bagaimana untuk berterima kasih kepada dua pemimpin negara itu, Kim Jong Un dan Moon Jae-in.

“Inilah cara saya untk berterima kasih kepada Kim Jong Un dan Moon Jae-in,” tambah beliau lagi.

Menerusi Guiness World Record, Alian Robert didapati telah memanjat lebih dari 100 bangunan tinggi tanpa menggunakan apa-apa dan hanya menggunakan tangan kosong sahaja. Malah, beliau juga telah mencatat rekod memanjat bangunan tanpa menggunakan bantuan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here