Mempunyai pekerjaan tetap bukanlah satu penghalang kepada anda melakukan pekerjaan lain bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Ramai juga masyarakat di luar sana yang menghadapi masalah kewangan walaupun mempunyai gaji yang tetap pada setiap bulan.
Mari ketahui beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mencari pendapatan sampingan.
#1. Perniagaan Atas Talian
Kemajuan teknologi mempunyai banyak kelebihan dalam dunia perniagaan. Jika dahulu, perniagaan dijalankan dengan cara mengembara dan berjumpa empat mata dengan pembeli, namun kini dengan menggunakan kemajuan teknologi, pembeli boleh membeli produk dan barangan yang anda jual dengan begitu mudah.
Anda boleh memulakan perniagaan anda dari peringkat dropship. Perniagaan atas talian membolehkan anda mempromosikan produk anda pada bila-bila masa sahaja seperti sebelum berangkat ke pejabat, semasa waktu rehat, pada waktu malam dan sebagainya.
Pendek kata, perniagaan sampingan atas talian ini membolehkan anda mendapatkan pendapatan sampingan dengan cara yang pantas dan jimat.
#2. Perkhidmatan Pengangkutan (pemandu sambilan)
Anda juga boleh menjadi pemandu sambilan dengan menggunakan aplikasi Grab ataupun Mycar. Kebanyakan orang lebih gemar dengan perkhidmatan pengangkutan seperti di atas berbanding dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang terhad masa operasinya. Pastikan anda mempunyai kenderaan sendiri untuk menjalankan perkhidmatan seperti ini.
Pekerjaan sambilan seperti ini boleh dilakukan pada waktu malam ataupun pada hari minggu. Dengan ini, masa lapang anda tidak akan dihabiskan dengan begitu sahaja, malah dapat membantu anda mendapatkan pendapatan sampingan untuk simpanan pada masa hadapan.
#3. Menjual Bakat dan Kemahiran Diri
Jika kita tiada modal untuk memulakan perniagaan, cuba kenalpasti bakat dan kemahiran yang anda miliki dan memberikannya kepada orang lain. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai kemahiran menggunakan aplikasi untuk penulisan resume yang menarik, anda boleh menggunakan kemahiran tersebut sebagai medium untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Perkhidmatan penulisan resume yang menarik dan tidak membosankan majikan adalah antara permintaan agak tinggi kerana bukan semua orang mampu menulis resume yang baik. Promosikan kemahiran dan perkhidmatan yang anda tawarkan ke akaun media sosial agar anda dapat memperoleh pelanggan yang lebih ramai.
Banyak lagi kemahiran yang boleh anda beri kepada orang lain seperti servis suntingan gambar atau video, mengajar home tutor dan sebagainya.
#4. Kerja Sambilan
Untuk mencari pendapatan sampingan, anda juga boleh melakukan kerja sambilan di mana-mana kedai atau kafe yang beroperasi pada waktu malam atau 24 jam. Walaupun kerja sambilan seperti ini dikatakan agak memenatkan, namun ia tetap menjadi pilihan kebanyakan orang dalam usaha untuk mencari pendapatan sampingan.
Kerja sambilan seperti ini bukan sahaja banyak dilakukan oleh orang yang telah bekerjaya sahaja, tetapi juga bagi pelajar-pelajar sekolah dan juga dari institut pengajian tinggi.
Oleh itu, pekerjaan sampingan adalah amat disarankan walaupun anda telah mempunyai pekerjaan tetap. Masalah seperti tiada jaminan, kos sara hidup yang tidak menentu dan hal-hal kecemasan yang lain dapat diatasi sekiranya kita semua mempunyai simpanan kewangan pada masa hadapan.
Namun begitu, rancanglah masa anda dengan sebaiknya agar ianya tidak mengganggu prestasi kerja anda.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Sy minat
Sy minat
hi berminat untuk jadi runner based in kl Selangor? Ada satu E-Hailing baru namanya SAFER ni sedang cari runner. SAFER menawarkan sistem pendapatan aktif dan pasif dalam masa yang sama. why not encik/cik isi borang ni dulu. (bit.ly/dlvrypartner). Nanti Team Safer akan contact encik/cik untuk guide step seterusnya