Istilah close sale ataupun closing dalam perniagaan bukanlah sesuatu yang asing. Closing hendaklah dilakukan dengan cara dan teknik yang betul agar bakal klien berminat dan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk yang dijual. Ramai peniaga yang berisiko tinggi untuk kehilangan pelanggan apabila mereka tidak mengamalkan cara closing yang betul.

Jadi, di sini Team Deenamik kongsikan beberapa cara yang paling efektif untuk anda closing pelanggan, sekali gus membuatkan mereka jatuh hati dengan produk/servis anda.

#1. BINA TAUTAN HATI

closing pelangganKebanyakan peniaga begitu gelojoh apabila bakal pelanggan (potential buyer) mula menghubungi mereka berkaitan dengan produk yang dijual. Tenang! Ucap salam atau sambut mereka dengan perkataan menarik seperti; ‘Hai, boleh saya bantu encik/cik?

Gunakan kata nama panggilan yang agak mesra seperti sis, bro, encik, cik dan sebagainya. Dapatkan juga nama dan alamat mereka untuk memudahkan proses komunikasi. Contohnya; “Hai, nama sis apa ya? Boleh saya tahu sis dari mana?”.

Teruskan perbualan dengan memperkenalkan diri anda pula. Kerap kali ulangi nama mereka kerana teknik ini mampu membuatkan mereka ingin terus melanjutkan perbualan bersama anda. Lagi satu, jangan lupa untuk gunakan smiley face pada ayat anda, ya!

#2. MULA BERCERITA TENTANG PRODUK JUALAN

Gambar sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan endorsement.

Perlahan-lahan mula bercerita tentang produk jualan anda. Sebaiknya, cuba tanya bakal pelanggan anda apa yang menyebabkan mereka berminat dengan produk anda. Sebagai contoh, jika produk anda berkaitan dengan barangan kosmetik, cuba tanya tentang jenis kulit mereka dan apa masalah yang mereka hadapi.

Pastikan anda menggunakan teknik penceritaan yang ringkas dan menarik. Jangan meleret-leret kerana sesetengah pelanggan akan mudah rasa bosan.

BACA JUGA :   Tycoon Group Buka Peluang Jana Pendapatan Sehingga Lima Angka Sebulan.

Selepas mendengar tentang masalah mereka, teruskan perbualan anda dengan “Haa sis, elok sangat lah tuu. Produk kami memang sesuai sangat untuk kulit muka yang jenis kering dan berminyak. Kami juga telah menerima banyak testimoni daripada pelanggan yang mengalami masalah kulit yang lebih kurang sama dengan sis. Kalau tak keberatan, boleh saya share testimoni yang pernah kami dapat dengan sis?”

#3. BAGI TESTIMONI PRODUK ANDA

closing pelanggan
Contoh testimoni, gambar tiada kena mengena dengan endorsement.

Setelah mendapat keizinan, bagi testimoni pelanggan terdahulu kepada bakal pelanggan anda. Tapi, ingat! Jangan bagi testimoni yang telalu banyak dan tiada kaitan dengan masalah yang mereka hadapi. Dalam dua atau tiga testimoni pun sudah memadai.

Berikan maklumat tambahan tentang produk anda seperti “Pelanggan kami mengamalkan set penjagaan kulit selama tiga minggu, dan hasilnya begitu memuaskan. Sebelum sis cuba produk ini, pastikan kulit muka sis sudah direhatkan dalam masa sehari sebelum pemakaian dan pemakaian secara konsisten juga amatlah digalakkan”.

#4. PEMBERITAHUAN HARGA DAN KANDUNGAN DALAM PRODUK

Anda boleh mula memberi senarai harga produk anda (seeloknya dalam bentuk gambar) kerana ianya akan lebih jelas dan melekat dalam fikiran bakal pelanggan anda.

Beritahu mereka kandungan yang terdapat dalam produk anda, contohnya “Alhamdulillah, dengan harga tersebut, kulit sis Ema bukan sahaja akan menunjukkan perubahan positif dalam masa tiga minggu, tetapi juga merawat dari dalam kerana kandungan produk kami semuanya organik”.

#5. LANJUTKAN PROSES PEMBELIAN DAN URUSAN PEMBAYARAN YANG MUDAH

Sebaik sahaja mendapat maklum balas positif yang mengatakan mereka berminat dengan produk anda, cuba tarik mereka jika terdapat ejen atau stokis berhampiran dengan lokasi mereka tinggal kerana pelanggan lebih sukakan konsep COD (cash on delivery). Ini kerana mereka boleh mendapatkan barangan dalam tempoh masa yang cepat serta menjimatkan kos pengeposan. Contohnya ; Sis Ema, kami ada ejen berhampiran dengan tempat tinggal sis dan boleh COD terus, nanti saya suruh ejen kami contact sis, ya?

BACA JUGA :   Sertai Tycoon Group Sebagai Usahawan Kewangan Untuk Menjana Pendapatan Sehingga Lima Angka Dalam Masa Satu Bulan.

Dalam urusan pengeposan, mula-mula cuba tanya akaun bank manakah yang mereka selalu gunakan untuk membuat pembayaran. Contoh; Sis Ema selalu guna CIMB atau Maybank, ya? Jangan gelojoh menggesa mereka untuk membuat pembayaran, tetapi tarik mereka dengan cara, “Boleh saya tahu sis Ema boleh membuat pembayaran bila sebab pembayaran yang dibuat sebelum jam 2 petang esok, sis boleh join postage pada hari yang sama” atau “kami ada buat free gift untuk customer yang buat pembayaran sebelum 10 pagi esok”.

closing pelangganSekian sahaja beberapa teknik efektif untuk close sale dalam sesebuah perniagaan. Dengan pengamalan teknik di atas, anda mempunyai peratusan yang tinggi untuk mendapat pelanggan yang ramai.

Walaupun tidak bertentangan mata, komunikasi melalui media sosial akan menjadi lebih menarik untuk membuatkan pelanggan membeli produk anda. Selamat mencuba bakal jutawan!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here