Adakah anda seorang yang ‘mabuk’ jalan atau motion sickness apabila berada dalam kenderaan? adakah masalah ini selalu menghantui anda sehinggakan anda melupakan niat untuk travel dalam jarak yang jauh dan hanya tinggal di rumah.

Masalah ini berlaku apabila pusat keseimbangan tubuh badan (terletak di bahagian dalam telinga) mengesan pergerakan apabila kenderaan bergerak dan akan menghantar isyarat yang berbeza dengan isyarat yang dihantar oleh deria penglihatan iaitu mata (apabila mata tidak dapat mengesan pergerakan disebabkan mata tertumpu pada sesuatu objek yang statik) seperti membaca buku, menonton video, dan lain-lain.

motion sickness

Disebabkan itu, otak  anda akan mengalami ‘kecelaruan’ dan tubuh akan menghasilkan ‘hormon stress’. Disebabkan itu, anda akan mengalami gejala-gejala seperti pening, mual perut dan sebagainya. Kadang-kadang motion sickness lebih teruk daripada alahan ketika hamil.

Mungkin anda sering diketawakan oleh rakan, keluarga atau sesiapa sahaja dek kerana anda mengalami masalah Motion Sickness? anda tidak perlu malu dan risau, lama-kelamaan masalah itu akan hilang.

Setakat ini belum ada lagi ubat yang boleh menghilangkan terus ‘mabuk’ kenderaan ini. Cuma lama-kelamaan anda sudah biasa naik kenderaan ia akan berkurang sendiri dan otak serta badan anda tidak akan menghasilkan ‘hormon stress’ yang akan menyebabkan mabuk.

motion sickness

Sekarang, anda tidak perlu risau dan malu lagi, kami akan kongsikan beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan berlakunya ‘mabuk’ jalan atau Motion Sickness.

#1. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah ubah pemikiran dan pemahaman anda. Jangan set di minda, pening bila menaiki kenderaan.

#2. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda berada dalam keadaan sihat, sudah makan dan minum untuk elakkan daripada perut masuk angin.

BACA JUGA :   Tips Sebelum Anda Sambung Belajar

Makan setengah jam sebelum perjalan, dan jangan makan terlalu hampir dengan masa untuk bertolak kerana, jika perut penuh, mudah untuk anda muntah. Jangan biarkan perut anda kosong nanti angin masuk boleh menyebabkan anda pening, loya akhirnya muntah.

motion sickness

#3. Sediakan kelengkapan yang diperlukan untuk digunakan semasa ‘kecemasan’ seperti plastik, ubat-ubatan terutamanya ubat angin, bawa bekalan gula-gula berangin atau asam-asam bagi mengelakkan rasa mual.

#4. Selesakan posisi anda ketika berada dalam kenderaan dan juga jangan sesekali membaca sebarang bahan bacaan ketika dalam kenderaan lebih-lebih lagi ketika kenderaan bergerak dan jangan bermain atau membaca text atau balas whatsapp ketika berada di dalam kenderaan.

Jika anda lebih selesa menggunakan angin luar, tutup penghawa dingin dan biarkan angin luar masuk.

Ketika kenderaan bergerak, pandang ke luar dan lihatkan permandangan di sepanjang perjalanan, tumbuh-tumbuhan hijau, langit yang membiru dan anda akan berasa tenang.

#5. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning dan makan mentah-mentah apabila berasa mual ketika dalam perjalanan bagi mengelakkan Motion Sickness.

motion sickness

#6. Hiris halia nipis-nipis dan kunyah halia itu atau campurkan halia tersebut ke dalam termos dan jadikan ia minuman dalam perjalanan.

#7. Minum 3 sudu madu lebah asli yang original bersama sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.

#8. Cara lainnya ialah ambil beberapa biji lada hitam dan selotep. Anda hanya perlu lekatkan lada hitam pada selotep dan kemudian tampal pada pusat. Pastikan lada hitam berada tepat dengan lubang pusat. Amat sesuai untuk kanak-kanak.

#9. Suasana di dalam kenderaan amat penting. Elakkan berada dalam suasana yang bising, dan tenangkan fikiran anda. Elakkan daripada menunduk atau membongkokkan badan. Baringlah dan selalu mengadap ke atas.

BACA JUGA :   3 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sewaktu Melancong ke Luar Negara

motion sickness

#10. Minum banyak air putih. Ia dapat membantu anda merangsang metabolism dan melancarkan perjalanan darah ke kepala dan anggota badan yang lain.

#11. Adalah paling mudah, rancang perjalanan dan pergilah ke farmasi untuk membeli ubat untuk tahan muntah. Makan ubat itu setengah jam  sebelum memulakan perjalanan anda. Jika anda makan dalam perjalanan, ia tidak akan memberikan kesan. Dan jika anda tunggu dah pening baru makan ubat, ianya juga tidak mujarab.

Selain itu, boleh juga ditampal plaster berubat atau kita panggil ‘koyok’ di pusat anda.

#12. Anda boleh menggunakan petua ini untuk mengelakkan daripada muntah dalam kenderaan. Anda hanya perlu bawak surat khabar dan lapik pada tempat duduk anda.

Diharapkan perkongsiaan ini serba sedikit dapat membantu anda. ‘mood’ untuk travel akan hilang jika anda dalam keadaan motion sickness dan kadang-kadang mengambil masa yang agak lama untuk kembali normal. Tips ini berguna bagi anda yang selalu mabuk perjalanan ketika naik kenderaan seperti kereta, bas, kapal terbang atau sebaginya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here