Melanjutkan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi merupakan impian bagi semua orang. Antara faktor graduan ijazah memilih untuk sambung master adalah disebabkan oleh keperluan bidang pengajian, memperoleh kelulusan pendidikan yang lebih tinggi, dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Namun begitu, terdapat beberapa tips penting yang perlu anda ketahui pada peringkat sebelum, semasa dan selepas mengambil master.

SEBELUM

Niat dan Keperluan

Sebelum membuat keputusan menyambung sarjana, pastikan anda sudah memutuskan mengapakah anda menyambung master. Jika anda hanya mengikut-ikut rakan dan tidak mempunyai minat yang mendalam untuk melanjutkan pengajian, sebaiknya elakkan mengambil master.

Selain itu, pastikan anda mengetahui keperluan sebenar menyambung master bagi bidang pengajian anda. Bincanglah dengan golongan yang lebih banyak pengalaman agar anda tidak tersilap langkah.

Persediaan Mental dan Fizikal

Menyambung master bukanlah sama seperti tahap ijazah. Pastikan anda memilih mod pembelajaran master yang sesuai dengan kemampuan dan cita-cita anda, sama ada mod research ataupun coursework.

Hal ini sangat penting kerana ia juga mempengaruhi prestasi akademik anda sepanjang tempoh pengajian.

BACA JUGA :   "Nak Sambung Master Ke Nak Cari Pengalaman Kerja Dulu ?"

Pengurusan Penaja

Pengurusan pihak penaja bagi membantu anda meneruskan pengajian adalah amat penting. Jika semasa tahap ijazah anda sudah menggunakan khidmat penaja dalam bentuk pinjaman, sebaiknya pada tahap master, anda menggunakan khidmat penaja yang bukan pinjaman tetapi biasiswa.

Hal ini adalah untuk mengelakkan jumlah pembayaran semula yang terlalu banyak dan mungkin akan mensulitkan anda pada kemudian hari.

SEMASA

Jana Pendapatan Sendiri

Anda boleh mula mencari kerja sambilan untuk menjana pendapatan. Sebagai contoh, bagi golongan yang mengambil mod research, masa, urusan dan kajian yang dijalankan semuanya diuruskan sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana kuliah.

Masa yang terluang boleh digunakan untuk mencari pendapatan bagi simpanan masa hadapan. Namun begitu, susunlah masa anda dengan sebaiknya agar ia tidak memberi kesan yang buruk terhadap pengajian anda.

Memohon sebagai Research Assistant (RA)

Bagi mod research, ketengahkan kebolehan anda dalam membuat kajian dan jangan lepaskan peluang untuk bina hubungan yang baik dengan penyelia anda. Sesetengah pensyarah amat memerlukan RA bagi melancarkan kajian mereka.

BACA JUGA :   "Nak Sambung Master Ke Nak Cari Pengalaman Kerja Dulu ?"

Dengan menjadi RA, anda dapat meluaskan pengetahuan anda, menjana pendapatan seterusnya memiliki kelebihan dalam penerbitan artikel.

SELEPAS

Mohon Kerja dan Berniaga

Selepas tamat pengajian, mohonlah kerja yang sesuai dengan kelulusan anda. Pada masa yang sama, jangan lepaskan peluang untuk memulakan perniagaan agar anda dapat mengelakkan diri anda daripada terus menganggur sekiranya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerja.

Sambung Pengajian ke Peringkat yang Lebih Tinggi (master-phD)

Jika anda merupakan seorang yang komited untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi, anda disarankan untuk mengambil phD. Kebanyakan graduan master akan memilih untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi kerana peluang kerja mereka akan menjadi semakin luas.

Semoga informasi di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda yang ingin menyambung master kelak.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here