Wawasan 2020 Gagal ?

Meskipun berbaki kurang 2 tahun lagi sebelum tibanya tahun 2020, namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkannya suatu ketika dahulu, adalah mustahil untuk dicapai dengan situasi yang dialami negara ketika ini.

Hakikat tersebut diluahkan oleh beliau semasa berucap di Nikkei The Future of Asia Conference in Tokyo, yang mula bersidang beberapa hari lalu.

“Semasa saya meletakkan jawatan pada 2003, saya yakin kita mampu mencapai Wawasan 2020.

“Malangnya, Perdana-perdana Menteri yang naik menggantikan saya telah merombak segala polisi yang digunakan dalan pentadbiran negara.

“Polisi-polisi yang diperkenalkan mereka adalah menyimpang dan tidak sesuai dengan dasar untuk mencapai Wawasan 2020”, ujar bekas Perdana Menteri ke-4 itu.

Walaubagaimanapun, Tun Mahathir tidak menolak kemungkinan Wawasan 2020 mungkin dapat dicapai pada tahun 2025 dan tahun-tahun sebelumnya jika pentadbiran Malaysia mengguna pakai polisi yang tepat.

BACA JUGA :   Tun Mahathir Kongsi Petua Kesihatan Untuk Dapat Umur Yang Panjang Seperti Beliau

Untuk rekod, Wawasan 2020 diperkenalkan oleh Dr Mahathir semasa pengusulan Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6) pada 1991 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Penekanan kepada wawasan tersebut adalah menjurus kepada keupayaan Malaysia dalam sektor ekonomi serta 9 cabaran strategik yang harus diatasi untuk mencapai wawasan berkenaan.

Berikut merupakan 9 cabaran yang perlu diatasi berdasarkan Wawasan 2020 :

  • Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  • Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
  • Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
  • Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
  • Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
  • Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
  • Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
  • Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
  • Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.
BACA JUGA :   Tun M Umum Gaji Menteri Dipotong 10% Demi Jimatkan Perbelanjaan Negara

Bertitik-tolak daripada itu, Tun Mahathir menegaskan beliau akan kekal mentadbir Malaysia sekiranya masih diberikan kepercayaan untuk memacu negara ini ke arah yang lebih baik.

Jadi apa pendapat anda, adakah anda rasa Tun Mahathir mampu memulihkan Wawasan 2020 agar kembali berada di landasan yang betul ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here