Bagi mereka yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang perubatan dan pada masa yang sama ingin belajar di luar negara, ini adalah antara sebab mengapa anda harus menjadikan Universiti Perubatan Warsaw, Poland sebagai pilihan:
#1. Pendidikan Berkualiti Tinggi
Universiti ini merupakan universiti yang terbesar di Poland yang mempunyai 37 fakulti (termasuk fakulti perubatan). Universiti yang ditubuhkan pada tahun 1816 ini merangkumi lebih daripada 100 kepakaran dalam bidang kemanusiaan termasuklah sains tulen. Kampus utama universiti ini terletak di kawasan kejiranan Old Town, manakala fakulti lain ditempatkan di seantero daerah yang cukup cantik dan indah.
#2. Pembelajaran Yang Kondusif dan Canggih
Di Universiti Perubatan Warsaw, pelajar didedahkan dengan suasana bekerja dalam kumpulan dengan adanya aktiviti bengkel seperti:
- bengkel The Anesthesiology Scientific Circle (ANKONA) dibawah bimbingan Dr. Mikaszewska-Sokolewicz
- 12 Warsaw International Medical Congress
- pembentangn tentang skala Glasgow Coma
- pengiraan markah GSC
- pembentangan tentang sokongan asas kehidupan skill CPR ,
Pelajar diperkenalkan oleh pasukan ALS tentang asas sokongan kardiovaskular yang berteknologi terkini dan peserta diberi cabaran untuk melakukan kajian kes.
#3. Pembelajaran melalui pengalaman sebenar
Pelajar diberi pendekatan yang menyeluruh dalam bidang seperti perubatan. Mereka diberi pendedahan tentang kaedah intubasi yang betul dan perlu mempraktikkan apa yang mereka pelajari ketika sesi manekin bayi.
#4. Diploma Perubatan yang diiktiraf
Diploma perubatan yang dtawarkan di university ini telah diperakui oleh Kesatuan Eropah, AS, Kanada dan negara lain (bagi mendapatkan maklumat yang lanjut, anda boleh berunding dengan negara tertentu untuk mendapatkan pengesahan lanjut yang bersesuaian dengan akta-akta yang telah ditetapkan).
#5. Peluang Pengukuhan Bahasa Inggeris
Dengan penubuhan divisyen Inggeris, Fakulti Perubatan Kedua yang ditubuhkan pada tahun 1993, sedikit sebanyak memupuk pelajar perubatan dalam mendalami ilmu bahasa INggeris. Hal ini amatlah membantu pelajar dari segi memahami istilah peruatan yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris dan berkomunikasi dengan lancar.
Tertarik dengan penerangan yang diberikan? Anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dan merasakan sendiri pengalaman belajar di Eropah? Inilah masanya. Anda boleh melawati lawan web Daulah Educonsult Sdn Bhd untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Jumpa anda di Poland!