Semalam, seorang bayi lelaki yang berusia lima bulan, Adam Rayqal Muhd Sufi, dilaporkan hilang di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves apabila pengasuhnya dikatakan telah menyerahkannya kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapa kepada bayi tersebut.
Ibu bayi tersebut, Farrah Madihah Othman, 28 mengetahui tentang kehilangan anaknya itu apabila si pengasuh, yang dikenali sebagai Akila, menelefonnya dan memberitahu bahawa bayi tersebut telah diambil oleh suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi, 28.
Farrah menzahirkan rasa yang sangat kecewa kerana pengasuh tersebut dengan begitu mudah menyerahkan anaknya kepada lelaki yang tidak dikenali tanpa menelefonnya terlebih dahulu untuk pengesahan.
Lebih kurang jam 11 malam tadi, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan bahawa mayat bayi lelaki tersebut telah dijumpai di dalam bahagian sejuk beku peti ais rumah pengasuhnya.
Mayat bayi tersebut dikatakan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin dan disumbatkan dalam beg berwarna hijau di dalam peti ais.
Misteri ini terbongkar apabila pihak polis mendapati terdapat banyak keraguan yang ditemui hasil daripada keterangan pengasuh tersebut.
Pihak polis kemudiannya membawa pengasuh tersebut ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi tempat menyimpan mayat bayi tersebut. Mayat bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Ali Ahmad mengesahkan bahawa kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tengah hari tadi, rasa sebak dan penuh emosi di Institut Perubatan Forensik Negara apabila ibu dan bapa Adam Rayqal tiba bagi proses pengecaman mayat dan pengurusan jenazah bayi tersebut di ibu negara.
Pihak polis juga difahamkan telah menahan pengasuh bersama rakan serumahnya untuk siasatan lanjut. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan pihak yang bersalah dikenakan hukuman yang sewajarnya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :