Masalah kulit kering sering dialami oleh sesetengah orang. Ia berlaku disebabkan oleh kurangnya jumlah cecair pada lapisan epidermis kulit.
Masalah kulit kering ini boleh dialami setiap waktu dan ada juga yang mengalaminya pada waktu tertentu. Untuk merawat kulit yang kering, anda tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang banyak.
Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang harus anda patuhi untuk mengatasi masalah tersebut.
#1. Banyakkan minum air putih
Air putih memiliki banyak khasiat untuk tubuh badan manusia. Jika anda mempunyai masalah kulit kering, banyakkan minum air putih.
Sebahagian besar dari tubuh kita terdiri daripada air. Air memainkan peranan penting dalam memastikan kulit tidak kering dan sentiasa segar.
#2. Elakkan mandi air panas
Jika anda gemar mandi dengan air panas, cuba ubah tabiat tersebut. Air panas yang menyentuh kulit anda akan menghalang minyak yang terdapat dalam tubuh badan untuk sampai ke kulit.
Kandungan minyak dalam badan mampu memberikan kelembapan pada kulit anda.
Namun begitu, jika anda tidak boleh mandi tanpa air panas, kerap sapukan krim pelembap di sekitar kulit anda setelah selesai mandi.
#3. Pakai krim pelindung cahaya matahari
Kulit yang terkena sinaran UV yang berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, kering, bersisik, terasa pedih dan sebagainya.
Oleh itu, krim pelindung cahaya matahari adalah losyen atau gel yang menyerap dan boleh membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari.
Pastikan anda memakai krim pelindung cahaya matahari sebelum keluar ketika cuaca panas.
Krim ini boleh didapati dengan harga paling murah di bawah RM10 dan paling mahal dengan harga RM30, bergantung kepada jenama pilihan anda.
#4. Pilih sabun dengan campuran pelembab
Kebanyakan sabun mengandungi pewangi, bukan? Adakah anda tahu bahawa pewangi yang terdapat dalam sabun mampu membuatkan kulit anda kering apabila memakainya.
Oleh itu, cuba ubah kepada sabun yang mengandungi campuran pelembab. Sabun yang mengandungi campuran pelembab ini akan menjadikan kulit anda terasa lembut setelah dipakai.
Banyak sabun mandi yang dijual di luar sana dah sememangnya mengandungi campuran pelembap. Jadi, anda hanya kena pandai pilih sahaja.
#5. Jangan terlalu kerap mandi
Sesetengah orang amat gemar mandi banyak kali dalam masa satu hari. Tambah-tambah lagi bagi individu yang menghidapi Obsesive Compulsive Disorder (OCD).
Jika dari aspek kebersihan, dia selalu merasakan bahawa sesetengah anggota badannya tidak bersih walaupun hakikatnya sudah bersih. Mandi dengan begitu kerap boleh menyebabkan kulit tubuh badan menjadi kering.
Amalkan amalan mandi dengan kekerapan normal, iaitu dua kali sehari dan jangan lupa untuk oleskan juga krim pelembab di sekitar tubuh anda setiap kali selepas mandi.
Mudah kan tip-tip di atas? Jangan fikir jika anda mengalami masalah kulit kering, anda perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mengatasi masalah tersebut.
Sebaliknya, anda haruslah membetulkan gaya hidup anda yang kurang betul terlebih dahulu kerana ia merupakan langkah asas untuk mendapatkan kulit yang sihat dan sempurna.
Namun demikian, jika masalah kulit kering anda semakin parah, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.