Sudahlah hendak mendapatkan segulung skrol ijazah sebagai doktor perubatan perlu melalui proses yang sukar, kini kes buli dalam kalangan doktor pelatih yang dilakukan oleh pihak atasan telah mendatangkan rasa tekanan serta trauma yang serius.
Sebagai doktor pelatih yang mahu dikenali sebagai James, disebabkan salah membari jawapan terhadap soalan yang diajukan, beliau pernah berhadapan dengan peristiwa hitam dimana beliau telah dicekik dibahagian leher baju di hadapan pegawai perubatan, jururawat dan pesakit.
Paling mengejutkan, beliau dibuli oleh seorang doktor pakar yang seharusnya bersikap profesional dalam menjalankan tugas. Malang sekali, beliau bukan sahaja dibuli malah menerima ugutan dan ancaman. Dimanakah letaknya kredibiliti dan nilai kewarasan beliau?
“Dia mencekik leher baju saya dengan kuat dan menjerit seolah-olah hilang pertimbangan di hadapan semua orang. Dia juga mengugut untuk menumbuk muka saya.-Doktor pelatih trauma dibuli, Saadiah Ismail, BH Online, 2 Julai 2018
“Apabila dibuli, semua orang tidak melakukan apa-apa sedangkan perkara itu salah. Ia menjadikan saya trauma dan berdepan tekanan yang teruk hingga terpaksa membuat laporan polis terhadapnya,”-Doktor pelatih trauma dibuli, Saadiah Ismail, BH Online, 2 Julai 2018
Disini seharusnya sebagai rakan sekerja sikap prihatin dan peka seharusnya diterapkan. Tidak semestinya jika seseorang itu berjawatan tinggi mereka boleh sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa yang diberi.
Disebabkan tiada seorang pun berani bangun memperbetulkan kesilapan yang berlaku jelas dihadapan mata, si pembuli menjadi semakin berani. Apa sebenarnya yang kita nantikan? Adakah mereka yang disekeliling itu hanya mampu jadi pemerhati dan tunggu sekiranya hilang satu nyawa baru wujud rasa hendak membantu?
Hal sebegini sedikit sebanyak memberikan imej dan tanggapan buruk terhadap doktor pelatih lain untuk terus menceburi bidang yang cukup murni itu.
“Malah kata-kata kesat hingga menyentuh perihal keluarga, lucah hingga menjatuhkan moral doktor pelatih, antara sebab mengapa ramai bakal doktor muda tidak dapat meneruskan karier itu, sedangkan banyak wang sudah dibelanjakan untuk merealisasikan cita-cita kami.-Doktor pelatih trauma dibuli, Saadiah Ismail, BH Online, 2 Julai 2018
Tidakkah golongan atasan berkenaan melalui zaman yang sama debagai pelajar perubatan sehingga mereka terlupa betapa banyak wang ringgit telah dibelanjakan untuk seseorang itu bergelar sebagai seorang doktor? Disebabkan golongan sebeginilah ramai diantara doktor pelatih berhenti setengah jalan sebelum sempat menggapai cita-cita mereka.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :