Nelayan

Nasib Nelayan Terpaksa Dipinggirkan ?

Isu pemberian insentif kepada para nelayan di negara ini semakin hangat diperkatakan, terutamanya setelah berlaku percanggahan pendapat antara Perdana Menteri Tun Mahathir dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru dilantik, Salahuddin Ayub.

Bercakap dalam satu wawancara kepada laman web perniagaan Investvine, Tun Mahathir menjelaskan bahawa elaun kepada nelayan tidak wajar diteruskan.

“Kerajaan terdahulu (di zaman Barisan Nasional) memberi duit kepada nelayan, sama ada mereka menangkap ikan atau tidak, itu bukan soalnya, mereka mendapat RM300 sebulan seperti gaji”

“Ini melemahkan etika kerja mereka, mereka tidak lagi bekerja untuk mendapatkan nafkah.

“Mereka merasakan walaupun mereka tidak bekerja, kerajaan mempunyai amanah untuk membantu mereka dan ini tentunya sangat buruk kerana ini bermakna mereka tidak berdaya saing”, jelas Tun Mahathir.

BACA JUGA :   Anugerah Tani BERNAS 2018, Iktiraf Petani Wanita
nelayan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru dilantik, Salahuddin Ayub.

Tambahan pula, kekurangan dana daripada kerajaan mungkin mengakibatkan insentif tersebut dihentikan.

Isu ini menjadi kontroversi kerana Salahuddin Ayub sebelum ini memberi jaminan bahawa bantuan elaun sara hidup nelayan antara RM200-300 setiap bulan akan dikekalkan.

Menteri itu juga menjelaskan bahawa berlaku sedikit salah faham mengenai isu berkenaan. Insentif yang mahu dibatalkan Tun Mahathir adalah insentif tunai satu kali yang diberikan oleh kerajaan semasa zaman BN dan bukannya elaun sara hidup bulanan.

nelayan
Pelbagai elaun kepada nelayan diberikan semasa zaman pentadbiran Barisan Nasional.

Apa-apapun, diharapkan agar pihak kerajaan pimpinan Pakatan Harapan mengkaji semula perkara ini dengan lebih mendalam sekiranya benar elaun tersebut mahu dihentikan.

Hmm apa pula pendapat anda, adakah anda bersetuju ataupun tidak ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

BACA JUGA :   Tiga Nelayan Positif Dadah Ditahan Di Perairan Langkawi
Nelayan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here