Najib Pun Ada Tabung

Tabung ‘Bebaskan Najib’ telah berjaya mengutip RM86,000 (sejak pukul 9.30 ini) setelah dilancarkan pada hari Khamis lalu (semalam). Dilaporkan, wang daripada tabung tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan guaman dan ikat jamin terhadap Najib Razak yang ditangkap atas pertuduhan menyeleweng wang 1MDB.

Antara sebab utama tabung itu diwujudkan adalah kerana akaun-akaun bank Najib dan ahli keluarganya telah dibekukan. Tambahan pula, kesemua wang tunai yang berada dalam kediaman mereka turut dirampas dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.

Tabung Bebaskan Najib
Anak kepada Najib Razak, Nooryana Najwa dan Norashman dilaporkan menjadi penjamin kepada bapa mereka.

Ini membuatkan ahli keluarga bekas Perdana Menteri itu terpaksa mendapatkan dana dari sumber-sumber lain bagi menjelaskan bayaran ikat jamin.

Pada awalnya, pihak pendakwa raya memohon agar mahkamah meletakkan bayaran ikat jamin sebanyak RM4 juta. Namun perkara itu ditentang oleh peguam DS Najib, Shafee Abdullah kerana jumlahnya terlalu tinggi.

BACA JUGA :   Zaleha Gadai Gelang Emas, Derma Wang Demi Tabung Bebaskan Najib
Tabung Bebaskan Najib
Peguam bela Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah. Kredit foto : The Malay Mail

Akhirnya pihak mahkamah menetapkan agar bayaran ikat jamin diturunkan kepada RM1 juta sahaja. Separuh daripada jumlah tersebut iaitu RM500,000 telah dibayar pada Rabu lalu, manakala bakinya akan dibayar pada hari Isnin.

Najib didakwa atas 3 kesalahan pecah amanah berhubung dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat 1MDB.

Tabung Bebaskan Najib

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun menafikan beliau terlibat dalam sebarang dakwaan salah laku yang dituduh ke atasnya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here