Lata Meraung merupakan syurga terpencil di daerah Jerantut, Pahang yang masih terpelihara keindahan alamnya dan jauh dari pengetahuan umum. Kawasan perkelahan air terjun ini dipelihara dengan baik dan bersih, sesuai bagi mereka yang bersifat pencinta alam.

Lata MeraungSuasananya yang hijau dan jauh dari kesibukan manusia amat mendamaikan. Pengunjung hanya ditemani hiruk pikuk unggas dan juga deru air sungai yang mengalir. Bagi penduduk tempatan, kawasan ini juga dikenali sebagai Lembah Kiol dan Ulu Kiol.

Antara keunikan semulajadi yang boleh dirasai pengunjung ialah:

  • kawasan perkelahan
  • pemandangan bukit-bukau dan gunung-ganang
  • jeram semulajadi
  • senitanam landskap
  • tempat memancing,
  • tempat permainan sukan bagi kemudahan kepada para pelancong (lumba basikal, marathon dan sebagainya)

Lata Meraung

Demi memastikan keselesaan para pengunjung, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran telah bertungkus-lumus dalam usaha memelihara keindahan alam semulajadi. Pengunjung yang sememangnya suka mandi sungai, anda jangan risau.

BACA JUGA :   Penang War Museum: Menyingkap Kisah Penjajahan Di Pulau Mutiara

Ini adalah tempat yang tepat untuk anda kunjungi. Air sungainya yang jernih dan kehadiran air terjun memberikan suatu rasa kepuasan dan keseronokan yang tak terhingga.

Lata MeraungPengunjung dari ibu kota Kuala Lumpur boleh menggunakan lebuhraya Pantai Timur untuk ke sini. Taman rekreasi ini terletak tidak jauh dari bandar Jerantut. Lebih kurang 10 km, anda akan melalui jalan dari Jerantut ke Benta. Anda akan memasuki persimpangan Sungai Lekok yang berada berdekatan dengan Pusat Serenti Jerantut (Pusat Cure & Care).

Walaubagaimanapun, pengunjung perlu peka akan jalan dan keadaaan sekeliling dan beberapa papan tanda pandu arah telah disediakan. Anda sebaiknya tidak mengunjungi Lata Meraung ketika musim panas kerana waktu itu air sungai surut dan tidak begitu segar.

Lata MeraungAnda juga perlu menyediakan makanan sendiri kerana tiada gerai makan yang dibuka di kawasan itu. Sekiranya anda merasa malas hendak menyediakan makanan atau memasak, anda boleh membeli makanan di bandar Jerantut kerana terdapat banyak kedai makanan disitu.

BACA JUGA :   Idrus Ikan Bakar: Restoran Makanan Laut Terbaik Di Pulau Pinang

Begitu juga dengan penginapan, disini tiada resort yang disediakan. Sekiranya anda gemar dengan aktiviti berkhemah, maka inilah tepat yang paling sesuai untuk anda.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here