Maradona nampaknya tidak senang selepas England meraikan kemenangan mereka mara ke peringkat suku akhir selepas berjaya menewaskan pasukan Columbia dengan penentuan sepakan penalti dengan skor 4 berbalas 3.

Walau bagaimana pun, kemenangan tersebut mendapat komen daripada pemain lagenda Argentina yang juga merupakan duta FIFA iaitu Diego Maradona.

Maradona
Diego Maradona (Sumber gambar: EPA)

Beliau mendakwa, pengadil yang mengadili perlawanan tersebuut sebagai perompak senyap selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan England dalam perlawanan tersebut. Sepakan penalti tersebut disudahkan oleh pemain England, Harry Kane.

Beliau turut menyalahkan Ketua Pengadil FIFA, Pierluigi Collina yang dikatakan sebagai salah memilih pengadil bagi perlawanan tersebut. Perlawanan tersebut telah diadili oleh pengadil daripada Amerika Syarikat, Mark Geiger.

BACA JUGA :   Datuk Wira Lee Chong Wei Kini Kembali.
Ketua Pengadil FIFA, Pierluigi Collina 

Keputusan Geiger untuk memberikan sepakan penalti kepada England selepas pemain Columbia, Carlos Sanchez mengasari Harry Kane pada minit ke-57. Maradona mendakwa tindakan Kane itu merupakan satu foul dan sepakan penalti tidak sepatutnya diberikan.

Maradona berkata demikian dalam sebuah temu ramah oleh stesen televisyen Venezuela, Telesur. Maradona yang merupakan tetamu FIFA dilihat memakai jersi Columbia ketika perlawanan itu berlangsung.

Harry Kane meraikan jaringan penalti dalam perlawanan menentang Columbia, kelmarin (Sumber gambar: Sky News)

FIFA walau bagaimana pun tidak senang dengan komen yang diberikan oleh tokoh bola sepak itu.

Badan bola sepak itu mendakwa komen Maradona itu adalah tidak wajar dikeluarkan dan tidak berasas. Mereka menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa pengadil itu kekal positif dalam perlawanan yang tegang dan penuh emosi.

BACA JUGA :   Ijazah Sarjana Muda Pelbagai Bidang di Mesir

Kapten pasukan Columbia, Radamel Falcao turut mengkritik keputusan pengadil itu.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here