Ozil

Pemain tengah Arsenal yang berdarah Turki, Mesut Ozil mengumumkan persaraannya dari mewakili skuad Jerman di peringkat antarabangsa setelah kecewa dengan kecaman yang bertubi-tubi dilemparkan kepadanya.

Menerusi kenyataan rasmi, Ozil merasakan dirinya dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ oleh media-media dan juga pengurusan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) sebagai punca kegagalan di saingan Piala Dunia 2018 baru-baru ini.

Ozil

Untuk rekod, prestasi Jerman di saingan Piala Dunia 2018 yang lalu adalah yang terburuk dalam sejarah negara itu. Mana tidaknya, mereka gagal melepasi peringkat kumpulan dan hanya mampu menjaringkan 2 gol dalam 3 perlawanan setelah tewas kepada lawan mudah iaitu Mexico dan Korea Selatan.

Bukan itu sahaja, ahli-ahli politik di Jerman turut mengecam Ozil kerana bertemu dan mengambil foto bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tidak lama sebelum saingan Piala Dunia bermula.

BACA JUGA :   Tindakan Austria Dibimbangi Akan Mencetuskan Peperangan
Ozil
Foto Ozil dan Gundogan bersama Presiden Turki mencetuskan pelbagai kekecohan di media-media Jerman.

Foto itu mencetuskan lebih banyak kekecohan dan kembali dijadikan isu setelah kegagalan Jerman di Russia. Ahli-ahli politik di sana mengeluarkan kata-kata berbaur kesat dan perkauman kepada Ozil di samping menuduh pemain itu cuba mencampur adukkan bola sepak dengan politik.

Presiden DFB juga lantang mengkritik Ozil sebagai salah satu punca utama prestasi mundur Jerman di Russia baru-baru ini. Beliau turut menuntut Ozil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi yang menjelaskan pertemuannya dengan Erdogan.

 

Bertitik tolak daripada itu, Ozil merasakan dirinya dijadikan kambing hitam media dan pengurusan DFB pihak yang gagal menjalankan tugas dengan baik. Pemain itu merasakan sumbangannya sejak 2009 sudah dilupakan semata-mata kerana kegagalan Jerman. Oleh itu, beliau dengan berat hati memutuskan untuk bersara di peringkat antarabangsa.

BACA JUGA :   BELAJAR AGAMA DI LUAR NEGARA KINI LEBIH MUDAH

Hmm apa pendapat anda, adakah Ozil wajar diperlakukan sedemikian ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Ozil

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here