Baju dah lawa, muka dah bersih, dan rambut dah kemas. Jadi, nak lengkapkan semua ini, mestilah disembur sedikit  minyak wangi untuk mengelakkan bau badan merosakkan mood.

Sedikit semburan, boleh mengubah persepsi orang terhadap diri anda. Selain daripada menghindarkan bau badan, minyak wangi juga boleh:

  • Mengurangkan stres
  • Meningkatkan keyakinan
  • Menjadikan diri lebih berketerampilan
  • Ia adalah sunnah Rasulullah!
badan
Memakai minyak wangi boleh meningkatkan keyakinan (Sumber gambar: Medium)

Tapi berapa ramai yang tahu cara sebenar dan betul untuk pkai minyak wangi?

Tahukah anda, di pasaran terdapat beberapa jenis minyak wangi yang dijual. Setiap satunya mempunyai tempoh bertahan yang berbeza mengikut penggunaan. Ini disebabkan jumlah ekstrak wangian yang ada dalam minyak wangi tersebut.

Di pasaran, ada beberapa jenis minyak wangi yang dijual:

Eau Fraiche

(Sumber: Amazon)

Mengandungi 1-3% kandungan minyak pati yang dilarutkan dalam air atau alkohol. Wangian ini bertahan pada badan kurang daripada sejam.

Cologne (Eau de Cologne)

(Sumber gambar: Chanel)

Istilah paling biasa untuk minyak wangi yang digunakan di Amerika Syarikt yang merujuk kepada bauan maskulin. Mengandungi 2-4% kandungan minyak pati yang menjadi pilihan orang muda kerana tidak terlalu kuat bauannya. Ia bertahan selama 2 hingga 4 jam.

Toilette (Eau de Toilette)

(Sumber gambar: Fragrantica)

Mengandungi 5-15% kandungan minyak pati yang dilarutkan dalam pelarut. Wangian paling biasa dijual di pasar raya dan farmasi. Wangian ini mampu bertahan lebiih daripada 3 jam.

Perfume (Eau de Parfum)

(Sumber gambar: Fragrantica)

Mengandungi 15-20% kandungan minyak pati dan dianggap jenis minyak wangi yang terbaik. Mampu bertahan sehingga 5 hingga 8 jam.

BACA JUGA :   6 TIPS MELANCONG MUDAH YANG ANDA WAJIB IKUT!

Perfume

(Sumber gambar: L’Occitane)

Minyak wangi dengan kandungan minyak pati paling tinggi iitu 20-30%. Sedikit berminyak dan boleh bertahan hingga 24 jam.

Cara betul memakai minyak wangi

Minyak wangi sepatutnya dipakai sejurus selepas mandi. Keringkan dahulu badan anda sekeringnya sebelum enyembur minyak wangi.

Semburkan minyak wangi 3 hingga 6 inci daripada badan anda. Ada lagi beberapa perkara yang patut and elakkan semasa emakai minyak wangi anda:

#1. Jangan sapukan minyak wangi pada anggota badan.

Jangan menyapu minyak wangi yang telah disembur pad kulit (Sumber :Scentertainer)

Menjadi suatu kebiasaan, ada antara anda yang akan menggosokkan minyak wangi yang telah disembur pada anggota badan. Tapi, ia adalah satu kesalahan. Perbuatan menggosok minyak wangi yang telah disembur akan merosakkan aroma minyak wangi tersebut.

Setelah disembur,lebih baik dibiarkan minyak wnagi tersebut tanpa disentuh atau digosok supaya wangiannya kekal.

#2. Semburkan pada kulit, bukannya pakaian

Sembur pada kulit untuk wangian yang lebih berkesan. (Sumber: Greatist)

Semburkan minyak wangi anda pada kulit dan bukannya pakaian anda. Minyak wangi akan bertindak balas dengan bauan semula jadi badan dan akan meningkatkan keberkesanan minyak wangi mengatasi bau kurang menyenangkan daripada badan.

Oh ya, kandungan alkohol yang tinggi boleh merosakkan pakaian anda selain melunturkan warna pada pakaian anda. Jadi, elakkan menyembur pada pakaian jika anda sayangkan pakaian anda.

#3. Jangan sembur dan jalan.

Menyembur minyak wangi ke udara adalah perbuatan yang membazir. (Sumber gambar: Discover Magazine)

Menyembur minyak wangi ke udara dan kemudiannya berjalan ke arah semburan ke udara tersebut (atau mist walking) adalah satu perbuatan yang membazirkan. Kebanyakan pastikel minyak wangi tersebut sudah jatuh ke lantai.

BACA JUGA :   Tips Berguna Bagi Anda Yang Mengalami Masalah 'Motion Sickness'

#4. Jangan sembur terlalu banyak

Menyembur terlalu banyak boleh menyebabkan orang sekeliling berasa tidak selesa. (Sumber gambar: gurl.com)

‘Fragrance should be discovered, not announced’. Itu adalah apa yang sepatutnya menjadi pegangan setiap kali anda memakai minyak wangi. Minyak wangi yang dipakai sepatutnya membolehkan orang berdekatan boleh menghidu wangian tersebut tapi tak teralu keterlaluan.

#5. Sembur kembali sekiranya perlu.

Anda boleh menyembur kembali minyak wangi sekiranya wangian itu sudah berkurangan. Dan sekali lagi, jangan terlalu banyak kerana wangian daripada semburan sebelumnya masih bersisa.

Minyak wangi boleh meningkatkan keyakinan diri dn menjadi pelengkap kepada gaya yang telah anda siapkan. Pilihlah minyak wangi yang bersesuaian dengan citarasa, bau badan, dan bajet anda.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here