Ingin berkunjung ke pantai yang berdekatan tetapi anda pula menetap di kota besar Kuala Lumpur? Kami ada jawapannya. Hujung minggu ini anda berpeluang untuk menghirup udara segar dari pantai dengan berkunjung ke Pantai Remis Selangor yang terletak hanya 20 KM dari Kuala Selangor.
Walaupun anda tidak akan disajikan dengan pasir pantai gebu yang putih dan air yang jernih bagi anda dan keluarga bermandi-manda, anda masih berpeluang untuk mengambil angin dan beristirahat sambil menghayati pemandangan matahari terbenam.
Lapar? Jangan risau. Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan masakan berasaskan makanan laut.
Anda cukup bertuah sekiranya anda berkunjung ketika musim cuti sekolah keranan terdapat pelbagai gerai jualan yang bakal membuatkan anda menjadi rambang mata.
Antara barang yang dijual ialah pakaian, tudung, kraftangan dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan bekalan sayur-sayuran dan hasil laut mentah dengan adanya jualan pasar tani di lokasi ini.
Terdapat peniaga yang menjual layang-layang di pinggir pantai bagi anda yang membawa anak-anak.
Ini adalah masa terbaik untuk anda berseronok dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
Kemudahan asas seperti tandas, surau, medan selera dan kawasan letak kereta yang luas menjamin keselesaan pengujung.
Pantai Remis juga merupakan kawasan yang boleh dikunjungi buat kaki pancing dan mereka yang ingin merasakan sendiri pengalaman mencari kerang, lala, mentarang, remis dan banyak lagi.
Tunggu apa lagi? Gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk menghabiskn masa hujung minggu anda bersama dengan keluarga tercita.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels