Satu syarikat pemborong emas dari Lubnan telah menfailkan saman terhadap isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor sebanyak AS$14.79 juta (RM59.831 juta).

Syarikat ini merupakan syarikat yang menjual barang kemas di seluruh dunia, termasuklah golongan diraja. Global Royalty Trading SAL yang beroperasi di Beirut itu membuat kenyataan bahawa Rosmah merupakan pelanggan setia mereka.

Berdasarkan keterangan tuntutan yang dibuat, syarikat berkenaan telah menghantar 44 barangan kemas yang dihantar kepada isteri bekas PM tersebut pada Februari, dan dirampas oleh pihak polis pada Mei.

Penfailan saman dibuat di firma Tetuan David Gurupatham dan Koay.

rosmah
Sumber: www.malaysiakini.com

Pada Februari yang lalu, Global Royalty menghantar 44 barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, dengan setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada Rosmah untuk dinilai dan beliau akan memilih mana yang berkenan dan bagi barang kemas yang tidak dipilih, akan dipulangkan semula.

BACA JUGA :   Saman Serta-Merta. Tiada Lagi Istilah Kompaun Denda.

Pada kebiasaannya, jika Rosmah berkenan untuk membeli barang kemas tersebut, ada pihak ketiga yang tidak dinamakan akan membuat pembayaran untuk beliau.

rosmah
Sumber: www.themalaysianinsight.com

Menurut keterangan yang terkandung dalam dakwaan tersebut, Rosmah akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.

Rosmah juga telah membuat pengakuan atas penerimaan barang kemas daripada syarikat tersebut  dalam surat yang bertarikh 22 Mei yang lalu.

Syarikat itu juga mengeluarkan perintah mandatori agar barang kemas tersebut dikembalikan semula dan jika Rosmah gagal melakukan pemulangan tersebut, isteri bekas Perdana Menteri itu haruslah membuat pembayaran seperti yang dinyatakan mengikut nilai barangan kemas tersebut.

Menurut www.themalaysianinsight.com, pengurusan kes mengenai tuntutan tersebut akan diadakan pada hari ini.

BACA JUGA :   11 Pemain Harimau Malaya Yang Berkemungkinan Diturunkan Menentang Lubnan
Sebahagian barang rampasan dari rumah Najib dan Rosmah pada Mei lalu. Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here