Pemasaran adalah amat penting bagi usahawan dalam sesebuah perniagaan.

Tanpa pemasaran, perniagaan tersebut tidak akan mendapat tempat dalam hati pelanggan.

Sama ada perniagaan baru mahupun perniagaan yang telah kukuh dibina, pemasaran tetap harus dilakukan agar perniagaan tersebut makin berkembang seterusnya menembus pasaran yang lebih tinggi.

Perkara ini dapat dilihat daripada syarikat Coca Cola. Walaupun sudah lama menjadi pengeluar minuman ringan terbesar di dunia, namun ia tetap masih aktif dalam dunia pemasaran dengan teknik yang lebih kreatif dari masa ke semasa.

Oleh itu, kali ini, Team Deenamik ingin berkongsikan kepada anda kenapa pemasaran menjadi sesuatu yang amat penting dalam perniagaan.

#1. Untuk memberitahu pelanggan tentang kewujudan produk anda

penting

Salah satu sebab mengapa pemasaran perniagaan itu penting adalah untuk memberitahu pengguna tentang kewujudan poduk anda.

Mendapatkan pelanggan adalah matlamat utama dalam sesebuah perniagaan. Namun, jika tiada pemasaran yang dilakukan, bagaimana pelanggan dapat mengetahui tentang produk dan servis yang anda tawarkan?

Gunakanlah segala usaha dan saluran media sosial untuk memperkenalkan produk anda kepada masyarakat kerana itu merupakan cara yang paling efektif masa kini.

BACA JUGA :   Jelajah Negara Poland Bersama Daulah Educonsult

#2. Meningkatkan jualan dan keuntungan

penting

Apabila anda melakukan pemasaran, masyarakat bukan sahaja dapat mengetahui tentang kewujudan perniagaan anda, tetapi juga cenderung untuk menjadi pelanggan anda.

Gabungan antara kemahiran, kreativiti dan gaya pemasaran yang unik akan meningkatkan jualan seterusnya menambahkan keuntungan dari masa ke semasa.

Selain itu, nama perniagaan dan syarikat anda juga akan terus meniti di bibir masyarakat di luar sana seterusnya memudahkan anda untuk meluaskan pasaran yang ada.

#3. Menjadikan anda usahawan yang lebih kreatif dan bijak

penting

Selain memasarkan produk anda kepada pengguna, pemasaran juga boleh membuatkan anda berfikiran lebih kreatif dan bijak.

Teknik pemasaran dan kemahiran yang anda miliki boleh ditambah baik sekiranya pemasaran perniagaan anda yang sebelum ini kurang berjaya. Campuran pemasaran seperti harga, produk, promosi dan pengedaran haruslah dititikberatkan oleh usawahan perniagaan.

Anda boleh dikategorikan sebagai usahawan yang bijak apabila berusaha untuk bangun setelah gagal dalam sesuatu perkara.

#4. Mewujudkan persaingan yang sihat

penting
Sumber: http://www.ownfc.com

Pemasaran juga membolehkan berlakunya persaingan yang sihat sesama peniaga. Setiap peniaga mempunyai teknik pemasaran yang tersendiri untuk bersaing dengan pesaing mereka.

BACA JUGA :   Kelebihan Pengajian Bidang Perniagaan

Di sini dapat kita kaitkan dengan konsep ‘siapa buat lebih, dia akan dapat lebih’.

Pemasaran merupakan satu proses yang berterusan dan jika ia terhenti, anda mungkin cenderung untuk kehilangan pelanggan.

penting

Oleh itu, setiap peniaga, tidak kiralah peniaga baru ataupun peniaga yang perniagaannya telah pun kukuh, wajib melaksanakan pemasaran agar produk dan servis yang ditawarkan terus mendapat tempat dapat hati pelanggan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here