Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu menjelaskan bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dikaji semula buat masa ini berdasarkan faktor kos perbelanjaan dan keberkesanan program itu dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

Mat Sabu juga tidak menolak kemungkinan bahawa PLKN, yang dirangka semasa zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4, mungkin dapat diteruskan jika ianya ditadbir dengan pengurusan dana yang betul dan mengguna pakai modul-modul yang sesuai.

PLKN

Berpandukan ‘Dasar Pandang ke Timur’, program PLKN ini diharap dapat mencontohi langkah yang diambil negara Jepun dalam mewujudkan sikap patriotik dan disiplin dalam diri rakyat.

Tambahnya lagi, golongan belia daripada semua kaum sangat digalakkan untuk menyertai PLKN memandangkan majoriti belia yang telah menyertai program tersebut sebelum-sebelum ini adalah berbangsa Melayu.

BACA JUGA :   Negara Di Asia Yang Mewajibkan Latihan Ketenteraan

Golongan belia yang dimaksudkan Mat Sabu adalah dari kaum Cina, India serta bumiputera dari Sabah & Sarawak.

Justeru, Menteri Pertahanan itu merasakan program PLKN seharusnya diteruskan tetapi kos perbelanjaan juga perlu lah dikurangkan.

Apa-apapun, perkara ini masih dalam perbincangan mendalam dan akan diumumkan setelah mencapai kata sepakat.

PLKN telah dihentikan buat seketika bermula tahun 2015 oleh Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Seri Najib Razak bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM400 juta.

PLKN
Datuk Seri Najib Razak terpaksa menghentikan seketika Program Latihan Khidmat Negara bagi menjimatkan kos perbelanjaan negara.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

BACA JUGA :   Rakyat Malaysia Berumur Bawah 35 Tahun Kini Boleh Sertai PLKN 2.0 Secara Sukarela

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here