Harapan England untuk bergelar juara Piala Dunia sekali lagi dihampakan. Stadium Luzhniki, Moscow menjadi saksi kepada penantian England selama 52 tahun hancur sama sekali apabila skuad England mengucapkan selamat tinggal setelah dibelasah Croatia 1-2.

England pada awalnya telah mencaras kedudukan Croatia setelah Kieran Trippier menggunakan peluang gol sepakan percuma dengan sebaik-baiknya. Croatia beraksi ligat dengan bantuan Mario Mandzukic yang terus merembat masuk gol keramat pada masa tambahan setelah gol pertama disumbangkan terlebih dahulu oleh Ivan Perisic.

Piala DuniaPeluang untuk menebus maruah England nampaknya terpaksa ditangguhkan lagi setelah peluang bagi merampas kembali gelaran juara hanya akan tiba empat tahun lagi. Pusingan separuh akhir seakan-akan satu ‘badi’ setelah sebelum ini skuad The Three Lions tersungkur ditangan Jerman pada Piala Dunia edisi 1990.

Kejayaan terakhir England melepasi peringkat separuh akhir ialah pada tahun 1966. Ketika itu mereka buat pertama kalinya merangkul gelaran juara dunia sewaktu beraksi di halaman sendiri. Pada waktu itu, Portugal menjadi ‘mangsa’ England dan ditewaskan dengan mata 2-1 ketika peringkat separuh akhir.

Piala DuniaSebagai pasukan yang berada di kedudukan yang ke-20 di dunia, pencapaian Croatia pada Piala Dunia edisi kali ini dilihat sebagai cukup memberangsangkan dan ini adalah sejarah yang cukup hebat apabila buat kali pertamanya skuad The Blazers berjaya merempuh pasukan lain untuk mara ke final dengan penuh bergaya.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University Tawarkan Pengajian Di Bidang Perubatan.

Croatia akan bertemu Perancis di peringkat final. Perancis yang merupakan musuh lama Croatia pernah meleburkan impian skuad itu untuk beraksi di peringkat final pada edisi 1998 dan terpaksa akur untuk berada di tempat ketiga sahaja pada saingan itu.

Piala DuniaEngland dilihat sebagai tidak begitu bijak menggunakan peluang kerana berdasarkan rekod, England pernah menghantar skuad Croatia pulang sebanyak empat kali dengan mata terikat sekali dan tewas sebanyak dua kali. Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan adalah ketika kejohanan besar peringkat kumpulan Euro 2004 dengan mata 4-2.

Babak pertama permainan menyaksikan Croatia dengan aksi yang boleh dikatakan agak longgar sehingga England bertidak ganas dengan barisan pemain muda yang terdiri daripda Dele Alli, Raheem Sterling and Harry Kane.

Piala Dunia

Kejayaan jaringan percuma dari Trippier dengan jarak 25 ela di luar pintu gol merupakan satu bonus buat England untuk mendahului permainan.

BACA JUGA :   Tawaran ke Kursk State Medical University

Sayangnya, kebahagiaan England tidak berkekalan lama apabila Croatia bangkit pada babak 25 minit terakhir dan Perisic mengikat England dengan kedudukan 1-1 pada minit ke-68. Momentum permainan Croatia dilhat semakin memberangsangkan dan kedudukan terus terikat hingga masa permainan sebenar berganjak kepada masa tambahan.

Piala DuniaCroatia menewaskan England apabila Mandzukic dlihat peka dengan tindakan Perisic yang menanduk ke bola ke belakang dan menjaringkan mata kemenangan bagi Croatia.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here