SST Kembali Dilaksanakan

Seperti yang sudah diketahui ramai, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan kembali dilaksanakan dalam masa terdekat. Perkara ini telah diumumkan secara rasmi oleh kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan melalui Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Namun begitu, tidak semua barangan akan dikenakan cukai. Sardin dalam tin, mi segera dan barangan makanan diproses lain antara barangan yang akan dikecualikan cukai di bawah pelaksanaan semula SST.

SST
Mi segeran dan makanan diproses adalah antara barangan yang dikecualikan SST.

Barangan berkenaan sebelum ini dikenakan cukai di bawah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikritik Pakatan Harapan menyebabkan kenaikan kos sara hidup.

Dalam pada itu, barangan yang sudahpun dikecualikan cukai di bawah GST seperti daging segar dan beku, tetap akan dikecualikan cukai.

BACA JUGA :   Tabung Harapan Malaysia Ditubuhkan Untuk Bantu Kewangan Negara

Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam berkata barangan lain akan tertakluk kepada cukai 5 peratus atau 10 peratus tetapi senarai tersebut belum dimuktamadkan.

Antara perkhidmatan yang akan dikenakan cukai di bawah SST termasuklah :

  • Penginapan dan hotel
  • Insurans
  • Makanan
  • Elektrik
  • Kelab
  • Perjudian
  • Perkhidmatan telekomunikasi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh meneliti barangan-barangan yang dikecualikan cukai menerusi senarai yang diterbitkan oleh Jabatan Kastam di pautan ini.

SSTUntuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

BACA JUGA :   TPM : PH Gagal Kotakan Janji, Tak Perlu Mohon Maaf Pada Rakyat

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here