Pemimpin merupakan individu yang melakukan proses mempengaruhi sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu tujuan yang telah disepakati bersama.
Semakin tinggi kedudukan seseorang dalam sesebuah organisasi, semakin besar tanggungjawab yang digalas di atas bahu individu tersebut.
Terdapat beberapa ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin bukan sahaja untuk memastikan matlamat organisasi berjaya dicapai tetapi juga untuk terus mendapatkan kepercayaan dalam diri anak buah.
#1. Jujur dan dipercayai
Jujur dan dipercayai merupakan aset terbesar dalam diri seseorang pemimpin. Jangan sesekali menghilangkan kepercayaan yang diberi oleh pihak atasan anda, dan pada masa yang sama anda juga harus terus menjaga kepercayaan anak buah anda.
Diberi kepercayaan untuk memimpin sesebuah kumpulan bukan sesuatu perkara yang mudah, namun proses untuk menggerakkan ahli kumpulan anda akan menjadi lebih mudah sekiranya mereka terus percaya dengan anda.
#2. Bersikap positif
Sebagai seorang pemimpin, jangan pernah lupa bahawa segala tingkah laku anda dilihat oleh orang sekeliling. Sentiasalah bersikap positif setiap kali timbulnya permasalahan atau kesulitan dalam kumpulan anda.
Jangan cepat melatah atas sesuatu yang mampu mencabar kesabaran anda, sebaliknya pandanglah masalah tersebut pada sudut yang positif. Dengan itu, anak buah anda juga akan perlahan-lahan mencontohi sikap yang ada dalam diri pemimpin mereka.
#3. Aplikasikan komunikasi dua hala
Apabila anda berkomunikasi dengan ahli kumpulan anda, pastikan anda mengamalkan komunikasi dua hala. Jangan sesekali membiarkan diri anda seorang yang bercakap dan menetapkan idea, sebaliknya minta anak buah anda untuk mengutarakan pandangan mereka sekaligus mempertimbangkannya.
Dengan ini, mereka akan dapat berkhidmat dengan sebaiknya untuk anda seterusnya merasakan bahawa diri mereka sentiasa dihargai.
#4. Pandai mengawal tekanan
Disaat kumpulan anda mengalami masalah dan sebagainya, anda sebagai pemimpin hendaklah pandai menukar keadaan yang penuh tekanan itu dengan keadaan yang santai dan menyeronokkan. Ajar ahli kumpulan anda untuk tertawa walaupun sedang dilanda masalah.
#5. Bertanggungjawab
Jika anak buah anda gagal untuk mencapai sesuatu tugas dengan berjaya, jangan sesekali menyalahkan mereka 100%, sebaliknya ambil tanggungjawab untuk sama-sama memikirkan punca kegagalan tersebut.
Bantu mereka sekiranya mereka benar-benar memerlukan bantuan anda kerana kejayaan seseorang ahli dalam kumpulan menggambarkan kejayaan keseluruhan kumpulan.
Oleh itu, pastikan anda sentiasa berusaha untuk menjadi seorang pemimpin yang baik kerana kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung kepada sifat yang adalam dalam diri pemimpin dan juga ahli pimpinannya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels