Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai SOSMA yang diperkenalkan semasa zaman pentadbiran Barisan Nasional, akan dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
SOSMA sebelum ini digunapakai bagi menggantikan Internal Security Act 1960 (ISA) yang dikecam ramai pihak sebagai satu bentuk undang-undang diktator untuk kepentingan kerajaan yang memerintah.
Menurut Tun Mahathir, undang-undang SOSMA membolehkan kerajaan terdahulu menangkap sesiapa sahaja yang diingini tanpa melalui perbicaraan mahkamah. Justeru, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, beliau mahu memastikan rakyat akan sentiasa dilindungi dengan adil berteraskan prinsip kedaulatan undang-undang.
Berikut merupakan 10 fakta penting yang anda perlu tahu tentang SOSMA :
#1. Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana pihak yang berkenaan dengannya jika dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.
#2. Seseorang yang ditangkap hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh, mengapa dia ditangkap.
#3. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.
#4. Pihak yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan penyiasatan.
#5. Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari.
#6. Peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada tertuduh yang dilepaskan.
#7. Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas kesalahan keselamatan.
#8. Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.
#9. Semasa perbicaraan, Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya mengemukakan apa-apa maklumat yang dianggap sensitif dan memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara.
#10. Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini, hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.
Walaubagaimanapun, tarikh sebenar SOSMA bakal dimansuhkan itu masih belum diputuskan dan akan melalui perbincangan lanjut dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memutuskannya.
Tambah beliau lagi, PH tidak mahu wujudnya golongan-golongan yang merasakan mereka kebal dari undang-undang dan bebas melanggarnya sesuka hati seperti di zaman pentadbiran Najib Razak.
Jadi, kedaulatan undang-undang akan kembali ditegakkan dan mahkamah lah yang berkuasa memutuskan sama ada sesorang individu itu bersalah ataupun tidak.
Apa pendapat anda, adakah anda bersetuju SOSMA dimansuhkan ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.