lesen judi

Kerajaan pentadbiran Pakatan Harapan hari ini menjelaskan bahawa lesen judi yang dimiliki syarikat Vincent Tan iaitu Ascot Sports Sdn Bhd, akan ditamatkan dan tidak lagi diperbaharui.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

lesen judi
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

“Kerajaan tidak berniat dan merancang untuk meluluskan sebarang lesen bagi aktiviti perjudian pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, ataupun kepada mana-mana operator bagi menjalankan aktiviti ini,” kata Guan Eng.

Sebelum ini, lesen judi kepada Ascot Sports telah diluluskan semasa zaman pentadbiran Barisan Nasional pada tahun 2010. Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan pada waktu itu, Najib Razak mempertahankan pengeluaran lesen itu dengan alasan ianya bagi menangani kegiatan perjudian haram.

BACA JUGA :   Sultan Johor Sumbang RM1 Juta Bersih Sisa Toksik
lesen judi
Tan Sri Vincent Tan

Bagi anda yang belum tahu, Vincent Tan merupakan salah seorang taikun dan jutawan paling berpengaruh di Malaysia. Disebabkan hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau sering disinonimkan sebagai kroni kepada kerajaan.

Vincent Tan juga adalah pemilik kepada Berjaya Corporations, U-Mobile dan 7-Eleven bersama-sama dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

lesen judi
Sultan Johor, Sultan Ibrahim merupakan salah seorang pemegang saham terbesar di 7-Eleven.

Apa-apapun, diharapkan agar pihak kerajaan dapat menamatkan lebih banyak lesen-lesen syarikat perjudian di masa akan datang. Sememangya amalan judi ini adalah sangat tidak bermoral dan mendorong masyarakat untuk melalukan perkara yang tidak bermanfaat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Majoriti Rakyat Johor Mahu Hudud Dilaksanakan, Meskipun Bertentangan Dengan Titah Sultan

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here