Tik Tok merupakan aplikasi yang secara rasminya datang dari Indonesia. Aplikasi tersebut merupakan aplikasi video yang paling popular sejak beberapa bulan yang lalu, bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di negara-negara lain.
Antara sebab utama aplikasi tersebut menjadi kegemaran ramai adalah kerana penggunaan teknologinya yang canggih serta mudah untuk digunakan.
Aplikasi Tik Tok menyediakan banyak keistimewaan yang dapat digunakan oleh sesiapa sahaja seperti kesan getaran pada video dengan muzik yang pelbagai, animasi 3D, ‘sticker’ menarik, mengubah wajah serta warna rambut dan banyak lagi.
Video Tik Tok sering mendapat perhatian ramai dengan pelbagai aksi yang melucukan dan ada juga video yang menjengkelkan sehingga dikecam.
Pengguna Tik Tok boleh dikatakan terdiri daripada semua peringkat umur, seperti kanak-kanak, remaja dan golongan yang berusia. Namun begitu, setujukah anda, jika dikatakan bahawa penggunaan teknologi membawa pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia?
Aplikasi tular ini mula meresahkan ramai pihak, terutamanya dari kalangan ibu bapa dan juga agamawan.
Terdapat beberapa sebab utama aplikasi ini mula menimbulkan rasa bimbang dalam masyarakat.
#1. Menghilangkan rasa malu dan nilai kemanusiaan
Malu sangat berharga di sisi Allah kerana mahal harganya dan susah untuk merealisasikan sifat malu dalam diri sendiri terutamanya wanita Islam.
Dengan adanya aplikasi ini, golongan wanita, tidak kiralah remaja ataupun yang berusia dilihat sudah hilang perasaan malu dalam diri apabila dilihat terkinja-kinja melalui video Tik Tok.
Mereka sanggup mempamerkan aurat dan melanggar hukum agama bagi mendapatkan jumlah like yang banyak. Tik Tok seorang wanita yang sedang merakam video di depan jenazah juga telah tular baru-baru ini dan menunjukkan hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri.
#2. Boleh meningkatkan kes pedofilia
Pedofilia adalah satu orientasi seksual dimana seseorang itu mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.
Jika anda sedar, banyak video Tik Tok di luar sana yang memaparkan kecomelan dan gelagat comel anak-anak kecil.
Ramai ibu bapa merakam dan memuat naik video anak mereka di media sosial seterusnya ditontoni oleh semua orang tidak kiralah kenalan mereka ataupun tidak.
Ada juga kanak-kanak yang pandai menggunakan aplikasi ini dan memuat naik video mereka dengan sendiri. Video seperti ini boleh meningkatkan kes pedofilia dan membahayakan keselamatan anak comel anda.
#3. Ketagihan penggunaan gajet
Apabila terlalu seronok bermain Tik Tok, ia boleh menyebabkan anda menjadi seseorang yang ketagih dengan gajet.
Ketagihan penggunaan gajet boleh menyebabkan anda banyak menghabiskan masa dengan gajet, sehingga tidak mempedulikan keadaan sekeliling anda, kurang melakukan aktiviti luar dan leka dengan dunia maya.
Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah psikologi sekaligus masalah kesihatan dalam diri anda.
Oleh itu, ambil perhatian sekiranya anda atau kenalan merupakan penggemar aplikasi ini. Kadang-kala, kita tidak pernah memikirkan apakah kesan sesuatu perkara itu sehinggalah terjadinya sesuatu yang buruk.
Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi ini dalam kehidupan, namun berpada-padalah untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini daripada berlaku.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels