Sikap anak yang malas untuk belajar sering menjadi kerisauan kepada semua ibu bapa di dunia. Apabila anda memiliki anak yang prestasi belajarnya agak kurang baik dan malas untuk belajar, pasti anda tidak tahu apakah langkah yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka.

Jangan sesekali melakukan hal yang boleh mendatangkan tekanan kepada mereka kerana ia tidak akan membantu anak anda untuk mengubah sikap tersebut.

Jom ketahui beberapa langkah bijak yang boleh anda lakukan untuk mengatasi anak yang malas belajar.

#1. Jaga pemakanan

malas untuk belajar

Pertama sekali, jika sebelum ini anak anda merupakan penggemar makanan ringan,  pastikan anda menasihati mereka untuk mengurangkan pengambilan makanan tersebut.

Hal ini kerana, kandungan gula yang tinggi serta bahan-bahan yang ada dalam makanan tersebut mungkin menjadi penyumbang utama kepada kemalasan anak anda.

Tukarkan makanan kegemaran tersebut kepada makanan yang lebih berkhasiat dan banyak kelebihannya dalam membantu meningkatkan minat belajar dan daya ingatan anak anda, seperti kurma ataupun kismis.

#2. Buat jadual belajar khas

malas untuk belajar

Jika sebelum ini masa belajar anak anda kurang tersusun, anda sebagai ibu bapa wajib merancang dan membuat satu jadual belajar khas untuk mereka.

Dengan peringkat umur yang masih kanak-kanak, mereka tidak dapat mengurus waktu belajar mereka dengan baik, seterusnya mengisi masa yang anda dengan perkara lain dan akhirnya hilang minat untuk belajar.

Dengan jadual yang ada, urusan belajar mereka akan lebih tersusun.

#3. Beri dorongan dan bantuan

malas untuk belajar

Kebanyakan kanak-kanak yang malas belajar adalah disebabkan oleh kurangnya dorongan dan bantuan daripada ibu bapa. Guru hanya boleh membantu mereka semasa di sekolah.

Oleh itu, anda harus memainkan peranan anda di rumah dengan cara memberi bantuan dan dorongan untuk mereka belajar.

Sebagai contoh, anda boleh membantu menyelesaikan permasalahan dalam subjek tertentu sekiranya mereka tidak berjaya menyelesaikannya.

Anda juga digalakkan memberikan kata kata semangat kepada mereka setiap kali sebelum masuk tidur agar mereka merasakan bahawa anda benar-benar mengambil berat tentang pelajaran mereka.

#4. Berikan ganjaran ataupun pujian

malas untuk belajar

Setiap kali anak anda berjaya menunjukkan rasa minat untuk belajar sedikit demi sedikit, berikan ganjaran seperti bawa mereka keluar berjalan-jalan pada hari minggu, belikan barangan yang mereka sukai dan yang paling mudah adalah dengan memberikan pujian.

Secara psikologinya, hal ini dapat membuatkan mereka lebih bersemangat untuk terus belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang di sekolah.

#5. Follow up dengan guru di sekolah

malas untuk belajar

Ada sesetengah perkara tentang anak anda yang tidak anda ketahui tetapi diketahui oleh guru di sekolah.

Oleh itu, cuba follow up dengan guru anak anda tentang keadaan mereka sewaktu di sekolah.

Kerjasama antara guru dengan ibu bapa adalah pendekatan yang paling efektif untuk membantu anak anda sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah dalam pembelajaran.

malas untuk belajar

Sebagai ibu bapa yang baik, anda haruslah sentiasa membantu dan memberikan mereka semangat untuk terus belajar.

Anak yang mempunyai sikap malas untuk belajar masih boleh diubah dan sokongan ibu bapa merupakan adalah amat diperlukan bagi mengubah corak pembelajaran mereka.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here