Tips Penting Yang Anda Perlu Beri Perhatian Ketika Hendak Menyewa Kereta

0
948

Apabila kita berada di kawasan pulau atau suatu daerah yang memerlukan kita menaiki kapal terbang atau bot, kita tentu sekali memerlukan kenderaan untuk bergerak kesana kemari. Maka, anda memerlukan kereta sewa untuk bergerak. Ini adalah tips penting yang anda perlu beri perhatian sekiranya anda perlu menyewa kereta.

Kadangkala penggunaan kereta disifatkan lebih praktikal kerana kita selamat daripada gangguan cuaca seperti hujan:

#1. Pastikan Anda Tahu Tujuan Anda

Sebelum menyewa kereta anda perlu mengenalpasti tujuan anda ke pulau tersebut samada kedatangan anda bertujuan untuk menghadiri acara rasmi, bertemu klien bagi urusan perniagaan atau bessantai bersama keluarga.

#2. Peka akan Jumlah perbelanjaan yang ditetapkan

Jika anda hendak menyewa kereta, pastikan anda terlebih dahulu tahu jumlah wang yang telah anda peruntukkan untuk tujuan yang selain menyewa kereta. Agak berbahaya jika anda tidak melakukan sebarang perancangan kewangan sebelum menyewa.

Adalah lebih baik sekiranya anda menyewa kereta bersama rakan-rakan. Anda boleh berkongsi berbahagi bayaran sewa bersama rakan-rakan yang lain. Ini salah satu langkah strategik bagi memastikan poket anda tidak ketandusan wang dan memastikan duit ‘minyak’ juga mencukupi.

BACA JUGA :   SNEK YANG TIDAK AKAN MENGGEMUKKAN ANDA!

#3. Memastikan Jumlah Penumpang Terlebih Dahulu

Perkara ini adalah salah satu perkara penting ketika memilih jenis kereta yang ingin disewa. Anda perlu memastikan saiz dan kapasiti penupang adalah bertepatan dengan jenis kereta yang anda hendak sewa.

Misalannya, apabila anda mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau anda adalah pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga anda boleh menyewa kereta yang bersaiz kompak seperti kereta jenis Perodua Axia atau Perodua Kancil.

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang bersaiz sederhana, anda boleh menyewa kereta jenis sedan seperti Proton Saga, manakala mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang besar anda boleh menyewa kereta jenis MPV seperti Proton Exora  dan Perodua Alza. Keselesaan adalah perkara yang perlu menjadi keutamaan utuk memastikan perjalanan anda lancar.

#4. Syarikat Penyewa Boleh Dipercayai

Bagi anda yang tidak pernah menyewa kereta anda perlu terlebih dahulu memastikan anda menyewa kereta di syarikat yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang penipuan dan juga kejadian yang tidak diingini.

BACA JUGA :   Fakta dan Pentingnya Interaksi Awal

#5. Pemeriksaan Kereta

Sebelum menerima dan membuat pembayaran, anda perlu memastikan keadaan kereta yang disewa berada dalama keadaan yang baik. Periksa keadaan enjin, signal, pendingin hawa dan tayar untuk memastikan kereta berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Tips-tips diatas diharapkan mampu dijadikan panduan dan membantu anda membuat pilihan yang bijak ketika hendak menyewa kereta.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here