PH Ucap Selamat Tinggal

Sepanjang 50 hari pertama Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan, ramai individu berjawatan penting dalam institusi kerajaan, agensi dan badan korporat yang naik atas tiket lantikan politik telahpun disingkirkan.

Ini adalah sejajar dengan polisi PH yang tidak mahu individu-individu Pro-BN masih kekal dalam pentadbiran kerajaan baru ini.

PH
Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir.

Seperti sudah tahu akan nasib mereka, kebanyakan dari individu-individu tersebut telah meletakkan jawatan secara sukarela setelah BN tewas kepada PH dalam PRU-14 yang lalu. Ada juga yang ‘angkat kaki’ selepas kontrak mereka tamat dan tidak disambung.

Antaranya termasuklah bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Mohd Irwan Serigar Abdullah dan juga CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

PH
CEO 1MDB, Arul Kanda

Lebih ramai lagi tokoh korporat GLC dijangka akan menerima nasib sama apabila kerajaan Pakatan Harapan memberikan tempoh sehingga 16 September untuk mereka melepaskan jawatan yang telah diberikan semasa zaman pentadbiran Najib Razak.

BACA JUGA :   Rupa-Rupanya Berita GST Dimansuhkan 1 Jun 2018 Adalah Palsu

Sebahagian dari mereka ini muncul dalam video bertajuk “Hebatnya Negaraku” dalam kempen Barisan Nasional semasa PRU-14 yang lalu. Antaranya adalah :

Mohammed Shazalli Ramly – CEO Telekom Malaysia Bhd

Mohd Badlisham Ghazali – CEO Malaysia Airports Holding Bhd

Johan Abdullah – Pengarah Tabung Haji

Mohamad Salim Fateh Din – CEO Malaysian Resources Corporation Bhd

Keempat-empat  mereka dijangka meletakkan jawatan ataupun bakal pergi setelah kontrak mereka tidak diperbaharui. Beberapa lagi tokoh lain dalam video tersebut yang masih berkhidmat sehingga kini adalah :

Zafrul Aziz – CIMB Group Holdings Bhd

Amrin Awaluddin – Pengarah Urusan Sime Darby Property Bhd

Khairussaleh Ramli – CEO RHB Banking Group

BACA JUGA :   Timbalan menteri sahkan isteri VVIP tidak beli berlian merah jambu

Tokoh lain yang turut muncul dalam video tersebut adalah Khairul Kamarudin – CEO Bank Islam Malaysia Bhd, Izzaddin Idris – CEO UEM Groups Bhd dan Kapten Izham Ismail – CEO Malaysia Airlines.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Mengulas lebih lanjut, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menjelaskan penyingkiran individu-indivdu berjawatan besar dalam GLC ini adalah untuk memberikan jawatan tersebut kepada individu yang dirasakan lebih layak, lebih berintegriti dan mampu menjalankan tugas dengan lebih baik.

Dengan erti kata lain, Azmin menjelaskan bahawa pelantikan mereka haruslah kerana prestasi yang mantap dan bukannya dilantik kerana mereka Pro-BN, seperti yang dilakukan oleh Najib Razak sebelum ini.

PH
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here