Anti Rasuah

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan mahu merangka sebuah undang-undang anti rasuah khas. Di bawah undang-undang tersebut, kesemua wakil rakyat termasuklah PM dan TPM dikehendaki mengisytiharkan resit hadiah-hadiah yang diterima kepada SPRM.

Undang-undang anti rasuah ini mahu ditubuhkan bertitik tolak daripada isu rampasan barangan kemas dengan nilai mencecah jutaan ringgit di kediaman yang dikaitkan dengan Najib Razak. Bekas Perdana Menteri itu mendakwa kebanyakan barangan kemas mewah yang dirampas adalah hadiah yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin luar negara.

Anti Rasuah

Apabila dikuatkuasakan nanti, kesemua wakil rakyat juga harus memaklumkan sekiranya mereka ada menerima sebarang hadiah bernilai lebih dari RM500 kepada Perdana Menteri dan salinannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BACA JUGA :   DATIN SERI ROSMAH "PANASKAN" IBU PEJABAT SPRM

PM kemudiannya harus memaklumkannya secara terus ke SPRM.

Sebelum ini, Najib berjaya membatalkan tuntutan mahkamah yang dibawa terhadapnya oleh Mahathir berhubung salah laku di pejabat awam. Hal ini demikian kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan beliau bukanlah ahli penjawat awam tetapi ahli kabinet.

Anti Rasuah

Buat masa sekarang, perkara itu sedang dikaji bagi membolehkan ahli kabinet didakwa seperti penjawat awam yang lain, sekiranya mereka didapati terlibat dalam skandal rasuah.

Tidak lain tidak bukan, ini adalah salah satu langkah bagi membasmi gejala rasuah yang sudah lama menjadi polemik dalam pentadbiran negara. Di samping itu, ianya memberi peringatan kepada semua ahli kabinet bahawa tiada sesiapa yang lebih berkuasa mengatasi undang-undang hatta PM dan TPM sekali pun.

BACA JUGA :   DATIN SERI ROSMAH "PANASKAN" IBU PEJABAT SPRM

Apa pendapat anda, adakah anda bersetuju undang-undang anti rasuah ini diwujudkan ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Anti Rasuah

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here