Bidang perubatan merupakan salah satu bidang pendidikan yang dipandang tinggi dalam masyarakat. Terdapat banyak universiti yang menawarkan bidang pengajian ini baik di dalam negara mahupun luar negara.

Jika anda merupakan salah seorang yang meminati bidang perubatan dan ingin menyambung pelajaran ke luar negara, Daulah Educonsult merupakan salah satu platform terbaik untuk menjejakkan kaki ke universiti terbaik di dunia.

Team Deenamik amat berbesar hati untuk berkongsi dengan anda beberapa institut pengajian tinggi terbaik di luar negara yang menawarkan pengajian dalam perubatan.

#1. Rusia

Kursk State Medical University (KSMU)

universiti

KSMU merupakan antara salah sebuah universiti perubatan yang tertua di Rusia. Ia ditubuhkan pada tahun 1935. Diberikan status universiti pada tahun 1994, KSMU merupakan institut pengajian yang sangat disegani dan direkodkan telah melatih lebih daripada 25,000 pegawai perubatan profesional dari seluruh dunia.

KSMU terdiri daripada 633 kakitangan akademik yang mana 333 pemegang kelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan 92 orang ahli akademik yang memberi perkhidmatan kepada lebih 6,400 pelajar.

KSMU juga mempunyai perpustakaan yang dipenuhi dengan 500,000 jurnal, buku dan penerbitan.

#2. India

Saveetha Institute of Medical and Technical Sciences

universiti

Institut pengajian tinggi ini merupakan Pusat Pakar Perunding terbesar di India bagi semua disiplin ilmu seperti perubatan, pembedahan pergigian, kejuruteraan, fisioterapi, kejururawatan, undang-undang dan pengurusan.

Saveetha telah memperoleh sebanyak 1327 anugerah, diberi kepercayaan menguruskan sebanyak 8187 projek, menghasilkan sebanyak 7365 penerbitan dan mendapat Gred A dalam National Assessment and Accreditation Council (NAAC).

BACA JUGA :   Ikuti Pengajian di Universiti Bangladesh untuk Tahun 2021 !

Pelajar Saveetha terdiri daripada semua lapisan masyarakat dari seluruh dunia sehingga menjadikannya sebagai salah satu pusat pembelajaran India yang paling beragam etnik.

Pelajar tinggal di sini selama lebih dari tiga hingga enam tahun bergantung kepada objektif pembelajaran mereka.

#3. Indonesia

Universitas Sumatera Utara (USU)

universiti

USU adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di Kota Medan Indonesia. Ia juga merupakan antara salah satu universiti terbaik di Pulau Sumatera. USU adalah universiti pertama di pulau Sumatera yang mewujudkan fakulti kedoktoran.

Proses pendidikan dan penyelidikannya melibatkan 1680 orang pensyarah, 78% di antaranya memiliki latar belakang pendidikan pascasiswazah. Keunggulannya terbukti apabila ia memiliki lebih dari 103,000 alumni di seluruh pelosok tanah air.

Program pengajian bidang kesihatan seperti kedoktoran, pergigian, dan farmasi pada masa ini menjadi pilihan utama bagi mahasiswa daripada luar Indonesia, terutamanya yang berasal dari Malaysia.

#4. Turki

Universiti Ankara

universitiAnkara merupakan universiti tertua di Republik Turki. Ia menjadi salah satu institut pengajian yang menerima ratusan ribu pelajar setiap tahun dari luar negara. Ankara menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang selesa kepada para pelajarnya.

Pihak institut pengajian ini  juga sentiasa membantu pelajar dalam urusan penginapan dan bilik asrama. Kemudahan sukan kepada pelajarnya dikatakan sentiasa tersusun kerana dirancang, diuruskan, dan dianjurkan oleh Lembaga Pengarah bahagian Kesihatan , Kebudayaan dan Sukan, Turki.

BACA JUGA :   Pilihan Tepat Demi Masa Depan

Kemudahan sukan seperti gimnasium, kolam renang, padang bola sepak, gelanggang bola tampar, padang bola keranjang dan gelanggang diwujudkan di setiap fakulti. Festival Sukan Tradisional Universiti Ankara juga akan dianjurkan pada setiap tahun dengan penyertaan lebih kurang 2000 orang pelajar.

Mesir

Universiti Al Azhar

universiti

Universiti ini merupakan antara universiti terbaik di Mesir. Ia menawarkan bidang pengajian perubatan, farmasi dan juga pergigian.

Al-Azhar dilihat berbeza dengan institut pengajian tinggi yang lain kerana pengasingan tempat belajar bagi mahasiswa dan juga mahasiswi. Universiti untuk mahasiswa berjumlah 10 cawangan dan terletak di seluruh  Mesir.

10 cawangan ini terletak di Kaherah, Mansurah, Damanhur, Zagazig, Tanta, Dumyat, Shibin el-Kom, Itai el-Baru dan juga Tahfana. Namun begitu, hanya cawangan di Kaherah yang menawarkan kos perubatan, farmasi dan pergigian manakala cawangan lain menawarkan kos Dirasat.

universiti

Berbeza dengan universiti untuk mahasiswi, hanya terdapat 3 cawangan sahaja yang terletak di Kaherah, Mansurah dan Iskandariah.Sama seperti mahasiswa, hanya cawangan Kaherah menawarkan kos perubatan, pergigian dan farmasi. Kesemua universiti yang dinyatakan terletak dalam muhafazah Kaherah.

Terdapat banyak lagi universiti perubatan terbaik di dunia selain daripada yang dinyatakan di atas.

Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian bidang perubatan ke luar negara, anda boleh hubungi/ whatsapp Daulah Educonsult di talian khidmat pelanggan iaitu 018-9624322 atau layari laman web mereka di daulahmedic.com.

universiti

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here