Kalau sebut saja pasal filem animasi, mesti akan timbul di fikiran kita tentang kanak-kanak kerana mereka saja yang seronok menonton animasi. Macam mana pula kalau mak ayah kanak-kanak pula yang tumpang seronok menonton animasi?
Industri animasi di Malaysia semakin ke depan dengan penghasilan beberapa francais animasi oleh anak tempatan. Sedikit demi sedikit mereka membina nama jenama animasi masing-masing dan akhirnya mula menembusi pasaran antarabangsa.
Apabila kita buka perbincangan tentang animasi 3D, nama Malaysia akan menjadi tumpuan untuk dibahaskan kerana telah banyak animasi 3D datangnya daripada Malaysia.

Malah, sudah ada beberapa animasi buatan anak Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana kualiti yang turut dibawakan di dalam hasil karya mereka.
Filem Animasi Yang Akan Ditunggu Seluruh Malaysia
Tahun 2019 akan menjadi tahun yang sangat cemerlang bagi industry animasi Malaysia apabila ada 3 buah filem animasi yang bakal menemui peminat di pawagam.
Filem-filem ini menjadi tumpuan serta ditunggu-tunggu kerana animasi ini telah berjaya mengumpulkan peminat mereka melalui siri-siri yang ditayangkan di televisyen dan juga di YouTube.
#1. Ejen Ali The Movie
Setelah mendapat jutaan penonton melalui siaran televisyen dan juga di YouTube, animasi Ejen Ali keluaran Wau Animation akan ke layar perak pula menerusi filem animasi Ejen Ali The Movie.

Dengan kos hampir RM5.5 juta, penghasilan animasi ini banyak menggunakan teknologi baharu bagi menghasilkan animasi yang berkualiti.
Satu video acah telah dikeluarkan bagi mempromosikan filem ini dan telah mendapat hampir 400k tontonan. Walaupun sekadar video acah.
Walaupun tarikh tayangan untuk file mini masih belum dikeluarkan, namun sambutan oleh rakyat Malaysia terhadap filem ini begitu hangat. Yang pasti, bukan dalam kalangan kanak-kanak, tetapi remaja dewasa dan mak ayah kanak-kanak.
#2. Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal

Filem animasi kedua daripada francais animasi ini sepatutnya ditayangkan pada tahun ini, namun atas beberapa kekangan, ia akan ditayangkan pada Mac tahun depan.
Animasi Upin Ipin ini telah menjadi satu fenomena nusantara kerana ia telah berjaya menembusi pasaran di Malaysia dan juga di Indonesia.
Sebelum ini, Les’ Copaque juga telah menghasilkan filem Geng Upin Ipin: Pengembaraan Bermula pada tahun 2009 yang juga menjadi tumpuan kerana pada masa itu, tidak banyak filem animasi dikeluarkan oleh Malaysia.
Filem Upin Ipin kali ini akan menggunakan konsep folklor Melayu apabila ada watak cerita dongeng yang akan dimasukkan dalam filem ini. Itulah yang menjadi kekuatan francais animasi ini kerana cuba mengenegahkan unsur Melayu ke dalam animasi.
#3. BoBoiBoy 2 The Movie

Animasi superhero yang telah bersiaran dalam 4 musim telah berjaya mengumpulkan peminat daripada Malaysia dan juga di Indonesia. Animasi 3D yang bergenre superhero tidak banyak di asia tenggara menyebabkan ia terus menjadi fenomena.
BoBoiBoy ini mula bersiaran pada Mac 2011 dan bertahan untuk 3 musim sebelum kembali dengan siri sekuelnya iaitu BoBoiBoy Galaxy pada tahun 2016.
Selepas kejayaan menerusi filem pertama francais animasi ini, Animonsta akan menghasilkan sebuah lagi filem animasi BoBoiBoy daripada animasi BoBoiBoy Galaxy.
Dijangkakan akan menemui penonton pada September 2019, animasi ini juga telah membina sebuah kultus peminat mereka sendiri yang terdiri daripada remaja, dewasa, dan juga kanak-kanak.
Ketiga-tiga animasi ini telah membina satu kelompok peminat sendiri kerana tellah bersiaran dalam siri yang bersiaran di televisyen.
Filem animasi apakah yang anda memang tak sabar untuk saksikan? Kongsikan di bahagian komen
Tak sabar nak tengok BOBOIBOY THE MOVIE 2!!!!!!!????